Ilmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis

Dalam konteks budaya, ilmu sakral merupakan pengetahuan tradisional yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi; yang di dalamnya terkandung segala bentuk adat, kepercayaan dan kebijaksanaan ahli masyarakat yang memilikinya. Ilmu dan kemahiran ini kemudiannya diaplikasikan dalam kehidu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Suhaidi, Salleh, Dilah, Tuah
Format: Book
Language:English
Published: Pustaka Negeri Sarawak 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/40331/1/Ilmu%20Sakral%20Kaum%20Kedayan.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/40331/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Dalam konteks budaya, ilmu sakral merupakan pengetahuan tradisional yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi; yang di dalamnya terkandung segala bentuk adat, kepercayaan dan kebijaksanaan ahli masyarakat yang memilikinya. Ilmu dan kemahiran ini kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat tradisi, bagi tujuan memelihara keharmonian, keselamatan dan kesihatan seluruh ahli masyarakat. Pada masa kini, kemajuan sains dan teknologi telah banyak mengubah cara hidup serta kepercayaan masyarakat Kedayan. Pun begitu, dalam beberapa hal, kebergantungan kepada pengetahuan tradisional masih diperlukan dan ia menjadi pelengkap kepada pengetahuan moden. Sehubungan itu, penerbitan buku ini di harap dapat menghubungkan kembali falsafah, nilai dan pengetahuan tradisi kaum Kedayan, yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Dari segi isi kandungan, buku ini merupakan hasil penyelidikan di lapangan berkenaan ilmu sakral kaum Kedayan di Bekenu, Sarawak. Semua maklumat dan data yang terkandung di dalam buku ini hanyalah untuk tujuan dokumentasi ilmu sakral kaum Kedayan semata-mata, dan bukannya sebagai sumber rujukan utama bagi tujuan pengamalan. Di samping itu, kebarangkalian untuk kandungan buku ini berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan, khususnya pada bahagian mantera. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada penggunaan kandungan buku ini tanpa merujuk kepada para pengamal atau penjaga ilmu sakral kaum Kedayan di Bekenu.