Intervensi Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) Di Dalam Merawat Masalah Ketagihan Pornografi : Satu Kajian Kes

Kajian ini mengenai satu kajian kes yang mengaplikasikan Intervensi Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) untuk membantu individu yang terlibat dengan ketagihan pornografi dan masih dalam proses pemulihan diri. Pornografi merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan tidak diterima dalam kehidupan seh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hikmah, Mubarak Ali, Muhammad Baqir, Abdullah, Samsiah, Jayos
Format: Book
Language:English
Published: UniSHAMS SDN. BHD 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/40557/1/Intervensi.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/40557/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kajian ini mengenai satu kajian kes yang mengaplikasikan Intervensi Kognitif Tingkah Laku Islam (I-CBT) untuk membantu individu yang terlibat dengan ketagihan pornografi dan masih dalam proses pemulihan diri. Pornografi merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan tidak diterima dalam kehidupan seharian kerana perbuatan tersebut tidak hanya dilarang dari sudut etika moral tetapi turut dilarang di sisi agama. Pornografi juga dijadikan salah satu bentuk eksploitasi seksual yang diperdagangkan. Perlaksanaan undang-undang serta penggunaan perisian penapis internet dilihat bukanlah penyelesaian mutlak kepada isu pornografi. Satu modul atau intervensi perlu dibina bagi membantu individu yang terlibat dengan ketagihan pornografi dapat melakukan pemulihan secara kendiri dan bantuan pakar seperti kaunselor. Metodologi dan reka bentuk kajian adalah kualitatif dan satu bentuk kajian kes dimana seorang responden telah ditemubual hasil dari sesi kaunseling yang telah dijalani sebelum menjadi responden kajian ini. Kajian ini membentuk beberapa tema yang merupakan punca, kesan dan intervensi ketagihan pornografi. Analisa kajian juga mendapati masih ada kesan ketagihan pornografi yang menganggu pemikiran responden di dalam menjalani kehidupan seharian. Faktor-faktor ini juga boleh digunakan untuk membantu para kaunselor merumuskan strategi-strategi pendekatan Islam yang berkesan untuk membantu kes ketagihan seperti ini sama ada pada peringkat perlindungan, pencegahan atau pemulihan. Cadangan kajian akan datang supaya kajian lebih memfokus kepada mencari lebih pendekatan atau modul yang boleh digunakan sebagai satu intervensi hasil dari teori dalam kaunseling konvensional dan perspektif Islam iaitu Teori Kognitif Tingkah Laku Islam serta dilaksanakan dalam bentuk kelompok.