TINJAUAN AWAL SUBDIALEK MELAYU SARAWAK BERDASARKAN CIRI FONOLOGI DAN KATA LEKSIKAL
Makalah ini merupakan tinjauan awal perbandingan ciri umum dan khusus fonologi subdialek Melayu yang dituturkan di Sarawak (SDMS). Perbandingan ini terhad kepada fonologi asas yang merangkumi inventori fonem serta lingkungan kehadirannya dalam kata, diftong, rangkap vokal dan rangkap konsonan. Tinja...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Dewan Bahasa dan Pustaka
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/40739/1/TINJAUAN%20AWAL%20SUBDIALEK%20MELAYU.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/40739/ http://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/8417 https://doi.org/10.37052/jb22(2)no5 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini merupakan tinjauan awal perbandingan ciri umum dan khusus fonologi subdialek Melayu yang dituturkan di Sarawak (SDMS). Perbandingan ini terhad kepada fonologi asas yang merangkumi inventori fonem serta lingkungan kehadirannya dalam kata, diftong, rangkap vokal dan rangkap konsonan. Tinjauan ini penting sebagai landasan kepada penelitian seterusnya yang berusaha melakukan pemetaan subdialek Melayu di Sarawak. Tanpa penelitian fundamental tentang fonologi, leksikal dan nahu subdialek ini sudah
tentu sukar untuk kita menyelusuri perkembangan subdialek Melayu
di Sarawak. Data kajian dikumpulkan oleh penulis makalah ini dan
daripada kajian lepas oleh penulis lain. Subdialek yang dibandingkan
ialah subdialek Kuching, Tambirat, Kabong dan Debak yang juga
mewakili empat kawasan petempatan asal orang Melayu. Kajian ini mengenal pasti dua kelompok utama SDMS, iaitu kelompok
subdialek Kuching (SDM Kuching) dan kelompok subdialek Melayu
persisiran (SDM Persisiran). Kelompok SDM Kuching dituturkan
di perkampungan Melayu di Bahagian Kuching, sekitar lembangan
Sg. Sarawak, Sematan, Santubong dan Bako. SDM Persisiran pula
dituturkan di kawasan Kalaka-Saribas di Bahagian Sri Aman dan
Betong, dan di Bahagian Samarahan di lembangan Btg. Sadong dan
kawasan sekitarnya, iaitu Asajaya, Simunjan dan Sebuyau. SDM
Persisiran kelihatan lebih tinggi kerencaman fonologinya daripada
kelompok SDM Kuching, dan berkongsi beberapa ciri khusus fonologi
seperti sistem 8-vokal, pengguguran ɣ di akhir kata serta kepelbagaian
diftong, dan pada masa yang sama, turut mempamerkan perbezaan
fonologi seperti penjelmaan /-a/ kepada /-ə/ atau /-o/, atau pengekalan
/-a/ di akhir kata. |
---|