Penilaian Prestasi Pekerja Semasa Pandemik Covid-19 : Cabaran Terhadap Pelaksanaan Perbincangan Prestasi dan Gagasan Penyelesaian

Penilaian prestasi merupakan salah satu proses yang penting dalam pengurusan sumber manusia. Antara tujuan utamanya ialah dari segi pentadbiran, pembangunan dan penghukuman Pelaksanaan penilaian prestasi melalui perbincangan dan maklum balas prestasi perlu diteruskan walaupun dalam musibah COVID-19...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rusli, Ahmad, Majelan, Sulong, Mohamad Azahaari, Abu Bakar, Wan Norizan, Wan Hashim
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/41169/1/Penilaian%20Prestasi.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/41169/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Penilaian prestasi merupakan salah satu proses yang penting dalam pengurusan sumber manusia. Antara tujuan utamanya ialah dari segi pentadbiran, pembangunan dan penghukuman Pelaksanaan penilaian prestasi melalui perbincangan dan maklum balas prestasi perlu diteruskan walaupun dalam musibah COVID-19. Keseriusan wabak ini yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan pekerja telah menyebabkan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pekerja di tempat kerja terjejas teruk. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha dan keputusan penting telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengurus situasi kritikal ini. Kerajaan telah meminta semua pihak pengurusan agensi sama ada kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan lain-lain agensi untuk melaksanakan aktiviti bekerja dari rumah demi kelangsungan organisasi dan bagi memastikan perkhidmatan dan aktiviti ekonomi terus berjalan. Pengenalan norma baharu dalam amalan bekerja turut memberi kesan besar terhadap proses penilaian prestasi. Pelbagai teknik dan kaedah alternatif diaplikasikan untuk mencapai matlamat perbincangan dan memberi maklum balas prestasi. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran yang besar dalam pelaksanaan perkara ini, antaranya ketidaksediaan semua pihak yang terlibat, ancaman kesihatan dan nyawa dan ketiadaan prosedur operasi standard yang mantap untuk diikuti. Aktiviti perbincangan dan penilaian prestasi kerja juga terjejas teruk. Keseluruhannya, rata-rata organisasi terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam melakukan penilaian prestasi dan kebanyakannya tidak melakukan perbincangan prestasi secara formal. Teknik perbincangan menggunakan kaedah tidak formal seperti penggunaan teknologi atas talian (online), merupakan alternatif terbaik dan sangat membantu. Amalan perbincangan prestasi juga boleh dijalankan secara 80 darjah, 160 darjah atau secara 360 darjah. Pada sesetengah organisasi amalan perbincangan prestasi kini telah menjadi lebih teratur dan mendalam dengan melibatkan amalan memberi maklum balas prestasi secara 720 darjah.