Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui

Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE). Kerajaan Sarawak telah menunjukkan komitmen yang kuat untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini. Seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di peringkat nasional, usaha ke arah pembangun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamrila, Abdul Latif
Format: Newspaper Cutting
Language:English
English
Published: SV News Sdn Bhd 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/12/Inspirasi%20Suara%20Sarawak.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/11/Tarik%20Pelabur%20Asing.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/
https://suarasarawak.my/sarawak-peneraju-tenaga-boleh-diperbaharui/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
English
id my.unimas.ir.42896
record_format eprints
spelling my.unimas.ir.428962023-10-02T07:21:23Z http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/ Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui Hamrila, Abdul Latif HD28 Management. Industrial Management HE Transportation and Communications Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE). Kerajaan Sarawak telah menunjukkan komitmen yang kuat untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini. Seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di peringkat nasional, usaha ke arah pembangunan lestari telah mula dilaksanakan dengan lebih serius. Dalam Rancangan Tempatan Negeri Sarawak 2030, kerajaan negeri telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak sehingga 50% menjelang tahun 2030. Sasaran ini adalah untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi daripada sasaran nasional, yang telah ditetapkan pada 31% menjelang tahun 2025. Sarawak memiliki potensi untuk menghasilkan lebih dari 50,000 MW tenaga hidroelektrik dan 1,300 MW tenaga solar. Secara spesifik, tenaga boleh diperbaharui merujuk kepada bentuk tenaga premier yang diperolehi daripada sumber semulajadi yang boleh diperbaharui dan digunakan tanpa menjejaskan bekalan masa depan seperti tenaga solar, dan hidroelektrik. Tidak terhad kepada sumber semulajadi secara langsung seperti cahaya suria, angin dan hujan. Malah, teknologi tenaga boleh diperbaharui juga dipelbagai dan diperkaya dengan memanfaatkan penjanaan melalui ombak, angin, biojisim, biogas, geoterma dan sebagainya. Biarpun pelaburan besar diperlukan bagi menampung kos permulaan dan teknologi tenaga boleh diperbaharui, ianya dikira amat berbaloi dalam konteks kapasiti makro dan pembangunan jangka panjang. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui dilihat boleh membawa penjimatan mega kepada pengoperasian berterusan. Dengan konsep mesra alam, bersih dan hijau, teknologi-teknologi berkaitan sumber RE ini menghasilkan sedikit pencemaran alam sekitar berbanding sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Secara langsung, perubahan ini akan mengurangkan kebergantungan kita kepada minyak dan arang batu. Dengan keadaan global dan krisis ekonomi yang tidak menentu, ketidakstabilan bekalan dan kenaikan harga bahan mentah menyebabkan meningkatnya kos pengoperasian yang ditanggung oleh pengguna dan perniagaan akibat kenaikan pertukaran asing. Dengan begitu banyak potensi untuk memperoleh tenaga boleh diperbaharui di Sarawak, adalah penting bagi kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk terus menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui di Sarawak. Dalam jangka panjang, penggunaan tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja akan membantu mengekalkan alam sekitar yang bersih dan lestari, tetapi juga akan membawa manfaat ekonomi yang besar kepada Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya. Selain memberikan manfaat untuk alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim, penggunaan tenaga boleh diperbaharui juga memberikan manfaat ekonomi yang besar. Menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia mempunyai potensi untuk mencipta sebanyak 12,000 hingga 52,000 pekerjaan setiap tahun. Seiring dengan keperluan negeri Sarawak yang semakin pesat membangun, kadar permintaan terhadap sumber tenaga juga pastinya akan meningkat. Perkembangan dari segi permintaan terhadap sumber tenaga elektrik dijangka akan lebih signifikan bagi menampung pelbagai keperluan perindustrian, domestik, malah juga logistik. Dalam perkembangan ekonomi dan usaha memanfaatkan pembangunan tenaga RE secara komersil, Sarawak kini menghadapi beberapa cabaran dalam usaha sebagai peneraju dalam bidang tenaga boleh diperbaharui. SV News Sdn Bhd 2023 Newspaper Cutting NonPeerReviewed text en http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/12/Inspirasi%20Suara%20Sarawak.pdf text en http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/11/Tarik%20Pelabur%20Asing.pdf Hamrila, Abdul Latif (2023) Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui. [Newspaper Cutting] (In Press) https://suarasarawak.my/sarawak-peneraju-tenaga-boleh-diperbaharui/
institution Universiti Malaysia Sarawak
building Centre for Academic Information Services (CAIS)
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaysia Sarawak
content_source UNIMAS Institutional Repository
url_provider http://ir.unimas.my/
language English
English
topic HD28 Management. Industrial Management
HE Transportation and Communications
spellingShingle HD28 Management. Industrial Management
HE Transportation and Communications
Hamrila, Abdul Latif
Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui
description Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam bidang tenaga boleh diperbaharui (RE). Kerajaan Sarawak telah menunjukkan komitmen yang kuat untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini. Seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di peringkat nasional, usaha ke arah pembangunan lestari telah mula dilaksanakan dengan lebih serius. Dalam Rancangan Tempatan Negeri Sarawak 2030, kerajaan negeri telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Sarawak sehingga 50% menjelang tahun 2030. Sasaran ini adalah untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi daripada sasaran nasional, yang telah ditetapkan pada 31% menjelang tahun 2025. Sarawak memiliki potensi untuk menghasilkan lebih dari 50,000 MW tenaga hidroelektrik dan 1,300 MW tenaga solar. Secara spesifik, tenaga boleh diperbaharui merujuk kepada bentuk tenaga premier yang diperolehi daripada sumber semulajadi yang boleh diperbaharui dan digunakan tanpa menjejaskan bekalan masa depan seperti tenaga solar, dan hidroelektrik. Tidak terhad kepada sumber semulajadi secara langsung seperti cahaya suria, angin dan hujan. Malah, teknologi tenaga boleh diperbaharui juga dipelbagai dan diperkaya dengan memanfaatkan penjanaan melalui ombak, angin, biojisim, biogas, geoterma dan sebagainya. Biarpun pelaburan besar diperlukan bagi menampung kos permulaan dan teknologi tenaga boleh diperbaharui, ianya dikira amat berbaloi dalam konteks kapasiti makro dan pembangunan jangka panjang. Penggunaan tenaga boleh diperbaharui dilihat boleh membawa penjimatan mega kepada pengoperasian berterusan. Dengan konsep mesra alam, bersih dan hijau, teknologi-teknologi berkaitan sumber RE ini menghasilkan sedikit pencemaran alam sekitar berbanding sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Secara langsung, perubahan ini akan mengurangkan kebergantungan kita kepada minyak dan arang batu. Dengan keadaan global dan krisis ekonomi yang tidak menentu, ketidakstabilan bekalan dan kenaikan harga bahan mentah menyebabkan meningkatnya kos pengoperasian yang ditanggung oleh pengguna dan perniagaan akibat kenaikan pertukaran asing. Dengan begitu banyak potensi untuk memperoleh tenaga boleh diperbaharui di Sarawak, adalah penting bagi kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk terus menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui di Sarawak. Dalam jangka panjang, penggunaan tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja akan membantu mengekalkan alam sekitar yang bersih dan lestari, tetapi juga akan membawa manfaat ekonomi yang besar kepada Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya. Selain memberikan manfaat untuk alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim, penggunaan tenaga boleh diperbaharui juga memberikan manfaat ekonomi yang besar. Menurut Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, sektor tenaga boleh diperbaharui di Malaysia mempunyai potensi untuk mencipta sebanyak 12,000 hingga 52,000 pekerjaan setiap tahun. Seiring dengan keperluan negeri Sarawak yang semakin pesat membangun, kadar permintaan terhadap sumber tenaga juga pastinya akan meningkat. Perkembangan dari segi permintaan terhadap sumber tenaga elektrik dijangka akan lebih signifikan bagi menampung pelbagai keperluan perindustrian, domestik, malah juga logistik. Dalam perkembangan ekonomi dan usaha memanfaatkan pembangunan tenaga RE secara komersil, Sarawak kini menghadapi beberapa cabaran dalam usaha sebagai peneraju dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.
format Newspaper Cutting
author Hamrila, Abdul Latif
author_facet Hamrila, Abdul Latif
author_sort Hamrila, Abdul Latif
title Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui
title_short Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui
title_full Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui
title_fullStr Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui
title_full_unstemmed Sarawak Peneraju Tenaga Boleh Diperbaharui
title_sort sarawak peneraju tenaga boleh diperbaharui
publisher SV News Sdn Bhd
publishDate 2023
url http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/12/Inspirasi%20Suara%20Sarawak.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/11/Tarik%20Pelabur%20Asing.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42896/
https://suarasarawak.my/sarawak-peneraju-tenaga-boleh-diperbaharui/
_version_ 1779150693200822272