Kaedah Main Peranan Dalam Pembelajaran Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa (Role Playing Method in Learning Speaking Skills for Language Subjects)

Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai pelajar-pelajar yang mempelajari bidang bahasa atau bidang-bidang yang lain. Oleh itu, satu pendekatan yang interaktif dan komunikatif perlulah diaplikasikan di dalam kelas pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang melengkapi ciri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abg. Ashmirul, Abg. Abu Nawas, Khairul Azhar, Jamaludin
Format: Article
Language:English
Published: Asian Scholar Network 2022
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/43417/3/Kaedah.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43417/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/20546
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kemahiran bertutur merupakan satu kemahiran yang penting untuk dikuasai pelajar-pelajar yang mempelajari bidang bahasa atau bidang-bidang yang lain. Oleh itu, satu pendekatan yang interaktif dan komunikatif perlulah diaplikasikan di dalam kelas pembelajaran bahasa. Antara kaedah yang melengkapi ciri-ciri ini adalah main peranan di mana pelajar diberi satu watak untuk dilakonkan berdasarkan kepada situasi yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, fokus utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pembelajaran kemahiran bertutur pelajar dalam subjek bahasa. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran kemahiran bertutur subjek bahasa. Hasil kajian mendapati kaedah main peranan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur bagi subjek bahasa. Selain itu, kajian juga mendapati kaedah main peranan meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari kemahiran bertutur dalam subjek bahasa. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan buat tenaga-tenaga pengajar dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.