Keberkesanan Kaedah Main Peranan dalam Penguasaan Kemahiran Bertutur Subjek Bahasa Inggeris Pelajar Tingkatan 2 di Sebuah Sekolah di Daerah AsajayaSadong Jaya

Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Kajian ini turut bertujuan mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar untuk bertutur dalam Bahasa inggeris. Kaji...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abg. Ashmirul, Abg. Abu Nawas, Aida Hanim, A. Hamid
Format: Article
Language:English
Published: Asian Scholar Network 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/43418/3/Keberkesanan.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43418/
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/21694/11949
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan kaedah main peranan terhadap pencapaian pelajar dalam kemahiran bertutur Bahasa Inggeris. Kajian ini turut bertujuan mengenalpasti kesan kaedah main peranan terhadap motivasi pelajar untuk bertutur dalam Bahasa inggeris. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi-eksperimen. Sampel kajian terdiri daripada 63 orang pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 2 yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan di salah sebuah sekolah di daerah Asajaya/Sadong Jaya. Pengumpulan data dilakukan melalui Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian, temubual pra dan pasca kajian dan borang pemerhatian. Markah Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pra dan pasca kajian dianalisis secara diskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai seterusnya membuat perbandingan antara pra dan pasca kajian. Dapatan temubual dan borang pemerhatian pula dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian markah pelajar kumpulan eksperimental dan pelajar kumpulan kawalan. Selain itu, berdasarkan dapatan daripada temubual pasca kajian dan borang pemerhatian, didapati bahawa kaedah main peranan dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Melalui hasil kajian ini, guru-guru boleh mengaplikasikan kaedah main peranan untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam subjek bahasa.