JANTUH BEBASA MASYARAKAT MELAYU DI PEDALAMAN KAPUAS HULU, KALIMANTAN BARAT

Masyarakat Melayu di Riam Panjang adalah sebuah komuniti Melayu di hulu Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Indonesia. Makalah ini membincangkan salah satu aspek sosiolinguistik masyarakat “pedalaman jauh”, iaitu Jantuh Bebasa atau kesantunan berbahasa. Jantuh Bebasa di Riam Panjang diungkapkan melalui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusriadi, Yusriadi, Shin, Chong, Dilah, Tuah
Format: Article
Language:English
Published: UNIMAS Publisher 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/43836/1/JANTUH%20BEBASA.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/43836/
https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/5075/2004
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Masyarakat Melayu di Riam Panjang adalah sebuah komuniti Melayu di hulu Sungai Kapuas, Kalimantan Barat, Indonesia. Makalah ini membincangkan salah satu aspek sosiolinguistik masyarakat “pedalaman jauh”, iaitu Jantuh Bebasa atau kesantunan berbahasa. Jantuh Bebasa di Riam Panjang diungkapkan melalui penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal. Ungkapan melalui bahasa verbal melibatkan pemilihan kata yang menunjukkan tahap kesopanan, manakala bebasa melalui bahasa bukan verbal pula berkaitan dengan sikap, lakuan gaya atau budi pekerti seseorang dalam interaksi sosial. Dari segi skop, Jantuh Bebasa masyarakat Riam Panjang dihuraikan dari segi pemilihan sesuatu sistem kata panggilan berdasarkan status sosial dan strata institusi kekeluargaan. Keupayaan mereka memanipulasi kata tertentu menjadi kata ganda yang mencerminkan kehalusan dan kesantunan berbahasa turut dibincangkan (iaitu Jantuh Ingka’). Kajian yang dilaksanakan melalui kaedah wawancara da n pengalaman ini mendapati bahawa konsep Jantuh Bebasa di Riam Panjang berkait rapat dengan aspek etnografi dan kepercayaan masyarakat. Pelanggaran Jantuh Bebasa selain dikecam oleh masyarakat, turut dikaitkan dengan pantang larang, iaitu seseorang akan ditimpa musibah, iaitu busung. Tambahan lagi, masyarakat juga akan dihukum dengan hukum adat kesupan jika melanggar Jantuh Bebasa. Sehubungan itu, generasi tua di Riam Panjang amat menekankan pewarisan budaya bebasa dalam kalangan generasi muda, agar nilai budaya pekerti tinggi ini dapat dipertahankan.