KEPENGARANGAN REALISME LENGKAP SASTERAWAN NEGARA RAHMAN SHAARI: ANALISIS NOVEL CENGKAMAN HASRAT : COMPLETE REALISM WRITING OF NATIONAL LAUREATE RAHMAN SHAARI: AN ANALYSIS OF THE NOVEL CENGKAMAN HASRAT
Kajian realisme mutakhir ini semakin mendapat sambutan dalam kegiatan kesusasteraan tempatan selepas beberapa ketika pernah disanggah dan ditolak daripada kegiatan kesusasteraan di negara ini. Sebagai aliran yang masih dalam fasa kebangkitan di negara ini, maka masih tidak begitu banyak kajian ya...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS)
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/44673/1/Article-1.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/44673/ https://mojem.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/51768 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaysia Sarawak |
Language: | English |
Summary: | Kajian realisme mutakhir ini semakin mendapat sambutan dalam kegiatan kesusasteraan tempatan
selepas beberapa ketika pernah disanggah dan ditolak daripada kegiatan kesusasteraan di negara ini.
Sebagai aliran yang masih dalam fasa kebangkitan di negara ini, maka masih tidak begitu banyak kajian
yang menggunakan teori ini dikesan di Malaysia. Dalam konteks karya-karya Sasterawan Negara pula,
kajian realisme yang mengupas pemikiran Sasterawan Negara turut dikenal pasti masih tidak banyak
dilakukan oleh pengkaji di negara ini. Oleh yang demikian, kajian ini mengupas pemikiran Sasterawan
Negara Rahman Shaari dalam novelnya Cengkaman Hasrat (2015). Kajian ini berbentuk kualitatif
menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap novel Cengkaman Hasrat (2015) berlandaskan
prinsip kritikan realisme Lukacs (1963, 1978, 1989, 1990) bagi mengenal pasti pemikiran yang
signifikan ke arah menambah baik kehidupan masyarakat di Malaysia secara khususnya. Kaedah
kepustakaan turut digunakan bagi mengenal pasti hubungan dan kesan pemikiran Rahman Shaari
terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk menganalisis
pemikiran realisme lengkap yang dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam novel Cengkaman Hasrat, memperincikan hubungan dan impak pemikiran Rahman Shaari terhadap pembangunan masyarakat
dan negara, serta mengemukakan kekuatan, kelebihan dan kepentingan karya-karya Sasterawan
Negara. Kajian ini pada akhirnya mendapati novel Cengkaman Hasrat sememangnya mengandungi
pemikiran realisme lengkap yang berimpak terhadap pembangunan masyarakat dan negara. |
---|