SEJARAH MIGRASI DAN PETEMPATAN MASYARAKAT BIDAYUH DARI TAHUN 1400-1840

Jika dibandingkan dengan masyarakat lain di Sarawak, masyarakat Bidayuh adalah yang keempat terbesar mendiami Sarawak setelah Iban, Cina dan Melayu. Dahulunya masyarakat Bidayuh dikenali sebagai Land Dayak atau Hill Dayak. Objektif artikel ini adalah meninjau proses migrasi dan perkembangan penempat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Auni, Ugong, B. B. B., Bee
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UMS 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/44974/3/SEJARAH%20MIGRASI.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/44974/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2516
https://doi.org/10.51200/ejk.v29i.2516
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Jika dibandingkan dengan masyarakat lain di Sarawak, masyarakat Bidayuh adalah yang keempat terbesar mendiami Sarawak setelah Iban, Cina dan Melayu. Dahulunya masyarakat Bidayuh dikenali sebagai Land Dayak atau Hill Dayak. Objektif artikel ini adalah meninjau proses migrasi dan perkembangan penempatan masyarakat Bidayuh di antara tempoh tahun 1400 hingga 1840. Data kajian ini terdiri daripada data primer dan data sekunder, yang mana analisis dilakukan dengan menggunakan aplikasi ATLAS.ti dengan merujuk kepada kata kunci yang telah ditetapkan. Dapatan kajian membuktikan bahawa kegiatan migrasi masyarakat Bidayuh yang berlaku daripada tahun 1400-1840 ternyata menjurus ke bahagian pedalaman khususnya ke bahagian hulu atau ke kawasan pergunungan. Migrasi ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti ancaman lanun dan kaum lain yang lebih kuat, penindasan, mengelakkan daripada diperhambakan dan keganasan yang dilakukan terhadap masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh diandaikan berasal dari Kalimantan Indonesia dan bermigrasi ke Bahagian Kuching dan Bahagian Samarahan. Setelah bermigrasi lebih kurang 600 tahun lalu, kawasan petempatan masyarakat Bidayuh semakin berkembang sehingga ke Bahagian Miri, Sibu dan Bintulu.