Seni bela diri Dayak Iban: Kajian tentang Kuntau di Sarawak Borneo

Kuntau didefinisikan sebagai “tinju Dayak” dan ia merupakan rekod terawal digunakan oleh pengkaji barat tentang kuntau yang merupakan sebuah seni bela diri dalam masyarakat Dayak Iban khasnya kaum lelaki. Namun begitu, disebabkan oleh arus perubahan misalnya kewujudan kehidupan yang selamat di Sara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Juna, Liau, Claudia, Jiton, Dick Lembang, Dugun, Sharifah Sophia, Wan Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/45904/1/Seni%20Bela%20Diri%20Dayak%20Iban_2024.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/45904/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1736
https://doi.org/10.17576/geo-2024-2003-15
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kuntau didefinisikan sebagai “tinju Dayak” dan ia merupakan rekod terawal digunakan oleh pengkaji barat tentang kuntau yang merupakan sebuah seni bela diri dalam masyarakat Dayak Iban khasnya kaum lelaki. Namun begitu, disebabkan oleh arus perubahan misalnya kewujudan kehidupan yang selamat di Sarawak kerana pihak polis dan tentera telah berjaya mengekalkan keamanan dan kedamaian, pengamal kuntau jarang mempraktikkan kemahiran mereka dalam konteks membela diri. Akan tetapi, kemahiran seni bela diri kuntau telah menjadi satu simbol kebudayaan yang diterjemahkan kepada aktiviti berkuntau seperti untuk tujuan persembahan dan demonstrasi semasa pembukaan majlis kebudayaan dan Gawai Dayak. Ekoran itu, penyelidikan tentang kuntau Iban oleh pasukan penyelidik ini telah dijalankan dengan tujuan menambahkan dan mendokumentasikan seni mempertahankan diri masyarakat Iban di Bahagian Kuching, Samarahan dan Sri Aman. Antara aspek yang dikaji merangkumi usahausaha yang digunakan untuk memelihara kuntau, pantang larang berkaitan, perubahan pada seni membela diri, persepsi, aspirasi dan harapan terhadap kuntau. Pendekatan dalam penyelidikan ini bertunjangkan constructivism-interpretivism yang melibatkan pembentukan ilmu pengetahuan tentang kuntau oleh para penyelidik dan responden dalam pembinaan atau pentadbiran soalselidik; dan temubual antara penyelidik dan informan yang merupakan pengamal atau guru kuntau. Dapatan kajian mendapati bahawa keperluan sebenar kuntau telah berubah seiring dengan perubahan zaman daripada seni pertahanan diri kepada sebuah bentuk persembahan atau demonstrasi. Sebagai sebuah warisan budaya tidak ketara, kuntau mempunyai potensi untuk diangkat sebagai warisan budaya Dayak Iban kerana seni mempertahankan diri ini terdapat dalam masyarakat Dayak lain seperti masyarakat Bidayuh dan Kenyah. Maka, usaha yang berterusan untuk mengekalkan seni pertahanan diri ini haruslah dititikberatkan agar seni warisan ini tidak hilang dek zaman.