Hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa yang telah berkahwin telah dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaludin, Suhaimi
Format: Final Year Project Report
Language:English
Published: unimas 2006
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/7483/3/Hubungan%20Antara%20Kerapatan%20Hubungan%20Dengan%20Kepuasan%20Perkahwinan%20Mahasiswa%20Universiti%20Malaysia%20Sarawak.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/7483/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perhubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan bagi mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa yang telah berkahwin telah dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua jenis inventori iaitu Relationship Closeness Inventory (RCI) dan Comprehensive Marital Satisfaction Scale (CMSS). Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis faktor demografi responden yang terdiri daripada tempoh perkahwinan. Kaedah statistik inferensi pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan serta ketiga-tiga sub-skala kerapatan hubungan (kekerapan hubungan, keperlbagaian aktiviti dilakukan dan kekuatan pengaruh pasangan) dengan kepuasan perkahwinan melalui ujian Anova sehala dan ujian Korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan signifikan antara tempoh perkahwinan dengan kepuasan perkahwinan dan tempoh perkahwinan dengan kerapatan hubungan. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara kerapatan hubungan dengan kepuasan perkahwinan, kekerapan hubungan dengan kepuasan perkahwinan dan kekuatan pengaruh pasangan dengan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan signifikan antara kepelbagaian aktiviti dengan kepuasan perkahwinan. Turut dibincangkan adalah cadangan-cadangan bagi kajian akan datang dan juga limitasi kajian.