Warisan masyarakat iban dari perspektif pameran : Kajian kes di muzium etnologi Sarawak

Kajian ini adalah sebuah kajian berkenaan warisan masyarakat Than dari perspektif pameran: kajian kes di Muzium Etnologi Sarawak. Secara khususnya kajian dijalankan untuk menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap maklumat yang disampaikan dan diperolehi ketika lawatan mereka ke bahagian pameran di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alexander, ak Chelum
Format: E-Thesis
Published: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/8056/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Description
Summary:Kajian ini adalah sebuah kajian berkenaan warisan masyarakat Than dari perspektif pameran: kajian kes di Muzium Etnologi Sarawak. Secara khususnya kajian dijalankan untuk menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap maklumat yang disampaikan dan diperolehi ketika lawatan mereka ke bahagian pameran di bahagian koleksi pameran warisan budaya masyarakat Than di Muzium Etnologi Sarawak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap gaya pameran dan mencari tafsiran atau diskripsi mengenai objek pameran warisan budaya masyarakat Than yang belum mempunyai diskripsi atau tafsiran tetapi objek warisan budaya tersebut dipamerkan di Muzium Etnologi Sarawak. Manakala secara umumnya, adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan dan sekaligus mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pengunjung bagi meningkatkan keberkesanan dalam menyampaikan maklumat, memperbaiki gaya pameran yang diamalkan sekarang dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung. Ini dapat diterjemahkan melalui survei yang dilakukan terhadap pengunjung yang datang berkunjung ke muzium tersebut dan disokong dengan fakta-fakta yang diperolehi hasil daripada temubual bersama pegawai Muzium Etnologi Sarawak dan informan yang pakar mengenai warisan budaya masyarakat Iban. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengunjung kurang berpuas hati terhadap keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat mengenai objek warisan budaya masyarakat Than yang dipamerkan di Muzium tersebut.