Penggunaan Bahasa Rojak: Isu dan Cabaran dalam Memantapkan Kemahiran Komunikasi Pelajar di Kolej Kediaman UNIMAS

Dalam arus kemodenan yang pesat dengan kemajuan infrastruktur dan teknologi maklumat yang tiada sempadan wujud fenomena berbahasa yang pelbagai. Generasi muda khususnya pelajar terdedah dengan variasi berbahasa terkini daripada medium yang rencam. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berperanan penting...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Meor Osman, W. R., Meor Osman, W. S., Meor Osman, W. A., Meor Osman, W. U. K.
Format: E-Article
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/8112/1/Penggunaan%20Bahasa%20Rojak.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/8112/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Dalam arus kemodenan yang pesat dengan kemajuan infrastruktur dan teknologi maklumat yang tiada sempadan wujud fenomena berbahasa yang pelbagai. Generasi muda khususnya pelajar terdedah dengan variasi berbahasa terkini daripada medium yang rencam. Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berperanan penting dalam melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran dan berkeupayaan tinggi dalam bersaing pada peringkat lokal dan global. Kemahiran Insaniah yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) menerusi Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah dilihat sangat membantu mengembangkan potensi dan mengasah kemahiran pelajar di universiti khususnya. Kertas kerja ini bertujuan memerihalkan isu dan cabaran dalam pemantapan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar khususnya di kolej kediaman UNIMAS dengan memperlihatkan fenomena bahasa rojak yang menjadi salah satu trend berbahasa remaja. Oleh itu, kajian yang berbentuk deskriptif ini memanfaatkan kaedah temu bual yang melibatkan enam orang pelajar. Penelitian kajian dilihat berupaya menghasilkan data yang pelbagai dengan berfokuskan kepada percampuran kod yang menjadi kelaziman pertuturan dalam kalangan remaja khususnya pelajar universiti. Kertas kerja ini turut membincangkan implikasi kajian terhadap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar yang akan menempuh dunia pekerjaan serta bersaing dalam memenuhi kehendak pasaran nasional dan global.