Barkod DNA spesies koya (Hemiptera: Pseudococcidae) dan semut (Hymenoptera: Formicidae) yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu, Sarawak, Malaysia
Tanaman nanas merupakan antara tanaman komoditi yang signifikan di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Namun begitu, tanaman nanas ini tidak terlepas dari serangan serangga perosak seperti koya yang berperanan sebagai vektor kepada penyakit Pineapple Mealybug Wilt-associated Virus (PMWaV) ya...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/100508/ https://ejournals.ukm.my/serangga/article/view/56548 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Summary: | Tanaman nanas merupakan antara tanaman komoditi yang signifikan di Malaysia, termasuk di
Sabah dan Sarawak. Namun begitu, tanaman nanas ini tidak terlepas dari serangan serangga
perosak seperti koya yang berperanan sebagai vektor kepada penyakit Pineapple Mealybug
Wilt-associated Virus (PMWaV) yang mampu mengurangkan hasil dan kualiti penghasilan
nanas. Pengusaha nanas mengalami kesukaran dalam mengawal dan mengenalpasti spesies
koya yang menyerang tanaman nanas disebabkan oleh saiznya yang kecil dan mempunyai
variasi yang tinggi dengan dan antara spesies yang hampir. Maka, kajian ini bertujuan untuk
melakukan pengecaman spesies koya dan semut yang berasosiasi dengan tanaman nanas di
Sarawak dengan mengunakan analsisis DNA barkod. Pensampelan aktif bagi sampel koya dan
semut telah dijalankan ditiga lokasi penanaman nanas di bahagian Bintulu, Sarawak, Malaysia
(Samarakan, Kuala Tatau dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB)). Tiga
spesies koya yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu telah berjaya dikenalpasti iaitu
Dysmicoccus brevipes (Cockerell), Ferrisia virgata (Cockerell) dan Planococcus minor
(Maskell), serta lima spesies semut iaitu Anoplolepis gracilipes (Smith), Meranoplus bicolor
(Guérin-Méneville), Iridomyrmex anceps (Roger), Tapinoma indicum (Forel) dan
Crematogaster sp. Hasil kajian ini dapat membantu dalam pengecaman spesies yang tepat dan
menambahbaik senarai spesies koya dan semut yang berasosiasi dengan tanaman nanas di
Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Selain itu, hubungan simbiosis di antara koya dan semut
sebagai agen penyebaran bagi koloni koya di kawasan penanaman nanas turut dibincangkan. Pengenalpastian spesies yang jitu diharap dapat membantu pengusaha dalam membangunkan
kaedah pengawalan serangga perosak yang lestari. |
---|