Pemilihan Ciri-Ciri Reka Bentuk Kemudahan Perkelahan oleh Pengguna Hutan Rekreasi di Negeri Selangor

Pertimbangan dan keperluan pengunjung di hutan rekreasi terhadap aspek reka bentuk seperti, wama, bahan, jenis reka bentuk, saiz, corak, keselarnatan dan berfungsi akan menghasilkan reka bentuk kemudahan yang 'mesra pengguna'. Kajian ini adalah mengenai ciri-ciri reka bentuk kemudahan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Azamil
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10106/1/FH_2002_12.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10106/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Pertimbangan dan keperluan pengunjung di hutan rekreasi terhadap aspek reka bentuk seperti, wama, bahan, jenis reka bentuk, saiz, corak, keselarnatan dan berfungsi akan menghasilkan reka bentuk kemudahan yang 'mesra pengguna'. Kajian ini adalah mengenai ciri-ciri reka bentuk kemudahan perkelahan yang dipilih oleh pengguna di hutan rekreasi. Objektif khusus dalarn kajian ini adalah untuk: 1) mengenal pasti pilihan pengguna terhadap ciri-ciri reka bentuk kemudahan mengikut aturan pilihan ciri-ciri reka bentuk; 2) menentukan sarna ada wujud atau tidak perbezaan pilihan terhadap ciriciri reka bentuk kemudahan berdasarkan faktor ciri-ciri latar belakang pengguna; 3) mencari perkaitan dan hubungan pemilihan ciri-ciri reka bentuk bagi setiap kemudahan dan antara dua kemudahan yang berbeza; 4) mengenal pasti pengaruh latar belakang pengunjung terhadap pemilihan ciri-ciri reka bentuk kemudahan; dan 5) menyediakan garis panduan reka bentuk kemudahan bagi aktiviti perkelahan di hutan rekreasi berdasarkan kehendak pengguna. Enam kemudahan telah dipilih sebagai kemudahan utama aktiviti perkelahan untuk kajian ini iaitu wakaf, set meja berkelah, tempat duduk, papan tanda, laluan pejalan kaki dan tong sampah. Maklumat ciri-ciri reka bentuk dikumpulkan melalui borang soal selidik di tiga kawasan hutan rekreasi yang popular di Selangor iaitu, Hutan Lipur Sungai Tekala, Hutan Lipur Sungai Chongkak dan Hutan Lipur Taman Rimba Ampang. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan Program Statistical Package for Social Science (SPSS).