Kajian kes bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor

Kajian ini membincangkan tentang bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelarian Rohingya di Ampang, Selangor berserta faktor-faktornya. Kajian ini menggunapakai reka bentuk kualitatif dan pendekatan kajian kes dalam mengkaji isu pelarian Rohingya. Seramai tujuh orang informan tela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Majid, Mohamad Azri, E, Soon Kiat, Arasu, Meera, Mohd Fakhruddin, Faizah, Mohd Fakhruddin, Fathiyah
Format: Article
Published: The Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED) 2022
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102031/
http://www.jised.com/archived.asm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Kajian ini membincangkan tentang bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelarian Rohingya di Ampang, Selangor berserta faktor-faktornya. Kajian ini menggunapakai reka bentuk kualitatif dan pendekatan kajian kes dalam mengkaji isu pelarian Rohingya. Seramai tujuh orang informan telah ditemubual menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati tiga bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap pelarian Rohingya di Ampang, Selangor iaitu tidak menerima, menerima, dan berpendirian neutral. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada bentuk penerimaan tidak menerima ialah sikap, jenayah, dan gaya hidup. Bentuk penerimaan menerima pula berdasarkan faktor hak asasi manusia dan simpati. Manakala, pendirian neutral disebabkan faktor sikap yang tidak menghakimi pelarian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi dan juga bentuk penerimaan masyarakat tempatan terhadap kehadiran pelarian Rohingya di Ampang, Selangor adalah bergantung kepada pengalaman masyarakat tempatan itu sendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan sumbangan terhadap perkembangan ilmu sosiologi secara amnya berkenaan isu pelarian asing di Malaysia yang bermanfaat buat pelbagai pihak seperti ahli akademik, industri, serta pihak kerajaan dalam memahami dan menambahbaik polisi berkenaan isu ini. Selain itu, kajian juga mencadangkan agar kajian reka bentuk kuantitatif dengan responden yang lebih besar jumlahnya serta dari pelbagai latar belakang dijalankan di masa akan datang demi meningkatkan kefahaman serta kualiti kajian ke tahap yang lebih baik.