Keberkesanan penggunaan peta alir bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan separa berpandu bahasa melayu dalam kalangan murid Cina Tahun Tiga
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta alir bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan separa berpandu Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif menerusi pendekatan kuasi-eksperimen. Po...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Persatuan Sains Sosial dan Kemanusiaan Muallim
2022
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/102033/ https://mjsshonline.com/index.php/journal/article/view/400 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta alir bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan separa berpandu Bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif menerusi pendekatan kuasi-eksperimen. Populasi kajian ini melibatkan murid berbangsa Cina Tahun Tiga yang mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Seramai 60 orang murid dipilih sebagai sampel kajian bagi populasi yang terdiri daripada 71 orang murid. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang terletak di daerah Puchong, Selangor. Instrumen kajian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid Cina Tahun Tiga dalam praujian dan pascaujian kemahiran menulis karangan separa berpandu adalah berbeza. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan peta alir adalah berkesan bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menulis karangan murid Cina Tahun Tiga. Impikasinya, penggunaan alat berfikir dapat membantu murid memahami dan menguasai tatacara penulisan karangan separa berpandu Bahasa Melayu. |
---|