Kepelbagaian dan Pewarisan Genetik Sifat Kandungan Pemakanan Ubi Keledek (Ipomoea Batatas (L) Lam.)
Kandungan pemakanan sebanyak 198 aksesi keledek dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan AVRDC telah diana lisa menggunakan NIRS. Semua sifat pemakanan yang dikaji menunjukkan nilai CV melebihi 20 % kecuali kanji (6.7%) dan berat kering (12.1%). Nilai purata bagi semua kandungan pemakanan a...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
1997
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10410/1/FP_1997_18_A.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10410/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Kandungan pemakanan sebanyak 198 aksesi keledek dari
Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan AVRDC telah diana lisa
menggunakan NIRS. Semua sifat pemakanan yang dikaji menunjukkan nilai
CV melebihi 20 % kecuali kanji (6.7%) dan berat kering (12.1%). Nilai
purata bagi semua kandungan pemakanan adalah hampir sama dengan
nilai yang pernah dilaporkan oleh para penyelidik seluruh dunia ia itu
21.9% (berat kering), 74.8% (kanji), 3.5% (protein), 14.4% (gula), 3.1%
(gentian) dan 1.4% (abu). Kajian juga menunjukkan aksesi keledek dari
Kel antan dan Terengganu mempunyai nilai kandungan pemakanan yang harnpir sarna dari segi purata dan julat kandungan pernakanan.
Kernungkinan ia terdiri dari keledek yang sama.
Analisis peminimum varian Ward telah memisahkan 198 aksesi
keledek tersebut kepada 5 kumpulan. Kumpulan 2 adalah kumpulan
terbanyak yang mengandungi 112 aksesi dan menunjukkan nilai
kandungan pemakanan yang sederhana. Kumpulan 5 pula adalah
kumpulan terkecil yang hanya mengandungi 6 aksesi sahaja. la mempunyai
kandungan kanji yang melebihi 85%. Kumpulan 4 pula adalah kumpulan
yang mempunyai nilai kandungan pemakanan yang terbaik. Sementara
kumpulan 3 mempunyai nilai kandungan pemakanan yang paling rendah.
Keputusan analisis ini menunjukkan kebanyakan varieti keledek yang
ditanam oleh petani amnya di Malaysia mempunyai kualiti pemakanan yang
agak rendah. Ini menunjukkan sifat pemakanan tidak diberi perhatian oleh
petani dalam pemilihan varieti yang akan ditanam. |
---|