Penglibatan, modal insan dan pendayaupayaan komuniti dalam kalangan peserta Yayasan Sejahtera di Malaysia
Pembangunan komuniti berfokuskan kepada elemen pendayaupayaan sebagai fokus utama di mana ia merupakan satu proses aktif yang mengizinkan individu mahupun komuniti berkeupayaan bertindak untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Pada amnya, penglibatan komuniti dalam projek didorong oleh faedah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104710/1/SARA%20SHAKILLA%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/104710/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pembangunan komuniti berfokuskan kepada elemen pendayaupayaan sebagai fokus
utama di mana ia merupakan satu proses aktif yang mengizinkan individu mahupun
komuniti berkeupayaan bertindak untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Pada
amnya, penglibatan komuniti dalam projek didorong oleh faedah yang dijangka
diperolehi dalam meningkatkan keupayaan dan memperbaiki kehidupan ke arah yang
lebih baik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan meneroka hubungan
dalam penglibatan dan pendayaupayaan komuniti projek Yayasan Sejahtera di samping
mengkaji peranan modal insan sebagai mediator kajian. Kajian yang berfokuskan kepada
penglibatan ini terdiri daripada pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan
faedah sebagai ramalan kepada pendayaupayaan yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu
ekonomi, sosial dan psikologi. Manakala bagi modal insan pula merangkumi tiga elemen
iaitu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan. Sebanyak 305 orang responden terdiri
daripada peserta projek Yayasan Sejahtera telah dipilih berdasarkan persampelan
berstrata yang dibahagikan mengikut negeri, daerah dan kumpulan projek. Statistik
deskriptif digunakan sebagai langkah pertama dalam menghuraikan ciri demografi
responden kajian ini. Sementara itu, ujian Manova pula dilaksanakan bagi menentukan
perbezaan faktor pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan psikologi) berdasarkan tempoh
penglibatan peserta. Seterusnya kajian ini juga mengkaji hubungan antara ketiga-tiga
peringkat penglibatan dengan kesemua dimensi pendayaupayaan menggunakan analisis
korelasi Pearson. Manakala bagi ujian statistik inferensi menggunakan
Model Persamaan Struktural atau SEM dianalisa menggunakan perisian PLS-SEM 13
dalam mengkaji pengaruh penglibatan (pembuatan keputusan, pelaksanaan dan
penerimaan faedah) sebagai peramal ke atas pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan
psikologi). Selain itu, peranan mediator modal insan juga dianalisis menggunakan
perisian tersebut dengan teknik analisis bootstapping. Hasil dapatan kajian menunjukkan
terdapat hubungan yang tinggi dan signifikan antara pelaksanaan dan penerimaan faedah
dengan pendayaupayaan ekonomi dan pendayaupayaan sosial dan hubungan yang
sederhana dan signifikan antara pembuatan keputusan dengan pendayaupayaan ekonomi
dan pendayaupayaan sosial dan juga hubungan yang sederhana dalam pembuatan
keputusan dan penerimaan faedah dengan pendayaupayaan psikologi. Sementara itu,
bagi hubungan pelaksanaan dengan pendayaupayaan psikologi pula menunjukkan
hubungan signifikan yang rendah. Dapatan kajian dalam analisis regresi pelbagai pula
menunjukkan pendayaupayaan ekonomi dihubungkan dengan penerimaan faedah dan
modal insan sebanyak 44% varians, manakala bagi pendayaupayaan sosial pula
dihubungkan oleh penerimaan faedah dengan varians 44% dan seterusnya bagi
pendayaupayaan psikologi pula yang dihubungkan dengan modal insan sebagai peramal
tunggal dengan varians sebanyak 37%. Keputusan menunjukkan penerimaan faedah
merupakan peramal yang paling penting dalam mempengaruhi pendayaupayaan
ekonomi dan sosial komuniti. Selain itu, bagi ujian mediator pula mendapati peranan
modal insan sebagai penghubung antara pelaksanaan dan penerimaan faedah dengan
pendayaupayaan ekonomi dan juga pendayaupayaan psikologi. Peranan mediator diuji
dalam hubungan penglibatan dan pendayaupayaan untuk menyokong teori serta kajian
lepas berkaitan hubungan modal insan dengan variabel-variabel tersebut.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menyokong bahawa penglibatan ditambahkan
lagi dengan modal insan mampu untuk mempengaruhi pembentukan pendayaupayaan
komuniti. Implikasi kajian menunjukkan penglibatan perlu lebih berfokuskan dalam
pelbagai peringkat dalam membentuk pendayaupayaan komuniti yang lebih bersifat
komprehensif. Penemuan hasil kajian ini juga dapat menyumbang dan memperluaskan
lagi pemahaman dalam konteks pendayaupayaan komuniti terutama berdasarkan projek
komuniti khusunya dalam konteks projek Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK).
Terdapat beberapa cadangan daripada hasil kajian untuk meningkatkan pendayaupayaan
komuniti terutama dalam projek komuniti agar lebih efektif dan memberi kesan dalam
membawa perubahan hidup yang lebih baik dan bersifat mampan. |
---|