Pengaruh Beberapa Media Terhadap Tumbesaran dan Hasil Timun (Cucumis Satlvus L.) Menerusi Sistem Pengairan Titis
Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan pengaruh beberapa media terhadap tumbesaran dan hasil timun menerusi sistem pengairan titis. Anak benih timun yang berumur empat belas hari diubah ke dalam pasu dengan diameter 22 sm x tinggi 30 sm yang diletak diatas baldi berdiameter 18 sm x tinggi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10670/1/FP_2003_24.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10670/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Satu kajian telah dijalankan untuk menentukan pengaruh beberapa
media terhadap tumbesaran dan hasil timun menerusi sistem pengairan titis.
Anak benih timun yang berumur empat belas hari diubah ke dalam pasu
dengan diameter 22 sm x tinggi 30 sm yang diletak diatas baldi berdiameter 18
sm x tinggi 20 sm. Kajian satu faktor ini disusun secara rekabentuk penuh
rawak (CRD). Sebanyak 5 rawatan dengan 4 replikasi digunakan iaitu media
tanah gambut, sabut kelapa, tandan kosong kelapa sawit, sekam padi bakar
dan rockwool. Data diambil pada hari ke 29 selepas diubah dan seterusnya
selang 2 hari hingga hari ke 41. Pokok timun yang ditanam dalam media sabut kelapa memberikan
tumbesaran yang lebih baik (tinggi pokok, panjang daun, lebar daun dan luas
daun) serta hasil iaitu bilangan buah sebanyak 11.50 buah dan berat buah
1462.08 g).
Pokok timun yang ditanam dalam media sabut kelapa telah
menunjukkan nisbah akar: bahagian atas lebih baik dan bererti diikuti dengan
media tandan kelapa sawit, rockwool, tanah gambut dan sekam padi bakar.
Perbezaan peratus kandungan air pada tekanan 0.001 bar dan 0.1 bar
bagi timun yang ditanam dalam media rokwool ialah 90.34 % diikuti dengan
sabut kelapa 81.73 %, tandan kelapa sawit 75.43 %, sekam padi bakar 66.52 %
dan tanah gambut 32.15 % . Ketersediaan kandungan unsur nutrien (N, P, K, Ca
dan Mg) yang terdapat di dalam media sabut kelapa sesudah digunakan
meningkat berbanding dengan sebelum digunakan. Terdapat hubungkait
diantara peratus kandungan air dan ketersediaan unsur nutrien terhadap
pertumbuhan dan hasil timun yang ditanam dengan media sabut kelapa. Oleh
yang demikian, kandungan air pad a 81.73 % didalam media sabut kelapa
adalah optima dan bertindakbalas terhadap tumbesaran dan hasil tanaman
timun menerusi pengairan titis. |
---|