Faktor pelanggaran integriti organisasi: Kajian kes terhadap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kontinjen Selangor

Isu pelanggaran integriti dalam PDRM bukanlah suatu permasalahan baharu. Statistik pelanggaran integriti melalui jumah Kertas Siasatan Tatatertib (KST) melibatkan pelbagai jawatan anggota PDRM masih berlaku hingga kini. Sehubungan itu, kajian bertujuan mengkaji faktor pelanggaran integriti anggota P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yunus, Zam Zam, Burhan, Nik Ahmad Sufian
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/107977/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/63301/14059
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Isu pelanggaran integriti dalam PDRM bukanlah suatu permasalahan baharu. Statistik pelanggaran integriti melalui jumah Kertas Siasatan Tatatertib (KST) melibatkan pelbagai jawatan anggota PDRM masih berlaku hingga kini. Sehubungan itu, kajian bertujuan mengkaji faktor pelanggaran integriti anggota PDRM. Kajian menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Strategi pensampelan kajian menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kelompok informan merupakan Pegawai Rendah Polis (PRP) yang terdiri daripada anggota PDRM pelbagai pangkat. Kawasan kajian melibatkan Kontinjen Selangor. Teknik pengumpulan data melalui perbincangan kumpulan fokus (PKF) dilaksanakan terhadap anggota PDRM bagi mengkaji faktor pelanggaran integriti. Data kajian dikumpul melalui Borang Protokol Temu Bual Separa Struktur. Data PKF dianalisis menggunakan teknik analisis tematik melibatkan tema utama berfokus kepada objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor pelanggaran integriti berlaku dalam kalangan anggota PDRM disebabkan oleh salah laku dan masalah disiplin. Anggota PDRM menunjukkan kefahaman yang baik terhadap integriti organisasi. Pelanggaran integriti melibatkan anggota PDRM seperti menerima rasuah, tidak mengiringi Orang Kena Tuduhan (OKT) dengan cermat, pemerasan terhadap orang awam, keberhutangan, penyalahgunaan dadah dan tidak mencatat pergerakan kerja dalam diari. Faktor pelanggaran integriti memerlukan mekanisma kawalan dari segi perundangan dan pencegahan. Kajian memberi implikasi kepada JIPS, PDRM untuk merangka program kesedaran yang dapat meningkatkan integriti dalam kalangan warga PDRM.