Fasal-fasal pencetus keharmonian hubungan sesama manusia dalam Undang-Undang 99 Perak

Makalah ini membincangkan fasal-fasal pencetus keharmonian hubungan sesama manusia dalam Undang-Undang 99 Perak. Undang-undang 99 Perak merupakan karya agung Melayu yang ditulis pada zaman pemerintahan kesultanan Perak sebagai panduan atau kiat kepada pemerintah Perak untuk menjalankan tugas sebagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Muhammad, Salmah Jan, Mohamad, Zulkifli
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2021
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/107985/
https://ejournal.ukm.my/jatma/article/view/72687
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Makalah ini membincangkan fasal-fasal pencetus keharmonian hubungan sesama manusia dalam Undang-Undang 99 Perak. Undang-undang 99 Perak merupakan karya agung Melayu yang ditulis pada zaman pemerintahan kesultanan Perak sebagai panduan atau kiat kepada pemerintah Perak untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin tertinggi kerajaan bagi mentadbir urus pemerintahan yang adil dan saksama. Undang-Undang 99 Perak merangkumi undangundang pentadbiran dan pemerintahan, undang-undang jenayah, undang-undang keluarga dan masyarakat serta undang-undang perkahwinan. Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada penyelesaian isu yang dihadapi oleh rakyat jelata bagi mengekalkan keharmonian dalam kerajaan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti fasal-fasal dominan tentang keharmonian hubungan sesama manusia dan menganalisis cara atau kaedah kehormanian tersebut dibentuk oleh golongan pemerintah dan pembesar. Bagi mencapai objektif penulisan, kaedah kepustakaan dan analisis teks telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat fasal-fasal dalam Undang-Undang 99 Perak yang dapat mencetuskan keharmonian dengan penglibatan secara berangkai antara raja, pembesar dan juga rakyat jelata. Dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pengkaji undang-undang untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam manuskrip bergenre seperti ini dan seterusnya membuka ruang pengkajian dari sudut lain yang dapat diterokai bagi melestari pengkajian manuskrip Melayu lama.