Realiti letusan gunung berapi Tambora 1815 dalam syair

Kajian bertujuan membincangkan realiti peristiwa letusan Gunung Berapi Tambora pada 1815 di Sumbawa, Indonesia yang dirakam dalam bentuk syair menurut konteks realisme. Letusan gunung berapi tersebut telah mengorbankan banyak nyawa dan membawa kemusnahan alam sekitar pada skala besar. Dokumen yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamdan, Rahimah, Sujud, Arba’ie, Ali, Abdul Halim
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press) 2023
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/109266/
https://ejournal.ukm.my/gmjss/article/view/61054
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Description
Summary:Kajian bertujuan membincangkan realiti peristiwa letusan Gunung Berapi Tambora pada 1815 di Sumbawa, Indonesia yang dirakam dalam bentuk syair menurut konteks realisme. Letusan gunung berapi tersebut telah mengorbankan banyak nyawa dan membawa kemusnahan alam sekitar pada skala besar. Dokumen yang diperolehi berhubung bencana alam ini hanyalah menerusi catatan kolonial Barat dan terkarang dalam sebuah puisi bertajuk Syair Kerajaan Bima. Ironinya, para sarjana Barat menolak syair sebagai medium rakaman realiti menurut realisme yang menjadi asas kemodenan sastera Barat tetapi menggunakan bentuk ini menerusi Syair Singapura Terbakar untuk mendapatkan maklumat peristiwa kebakaran besar di Singapura pada 1830. Pentingnya syair yang mencatat peristiwa sejarah memotivasikan kajian ini untuk dilakukan. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti ciri-ciri realisme menurut kemodenan sastera Melayu dan menganalisis unsur realisme dalam syair berdasarkan peristiwa letusan Gunung Berapi Tambora pada 1815. Dengan menggunakan metod analisis teks, kajian menggunakan Syair Kerajaan Bima dengan tumpuan terhadap episod letusan Gunung Berapi Tambora pada 1815. Dapatan kajian mendapati unsur realisme yang menekankan kepada logik (peristiwa sehari-hari atau semasa) menepati kandungan syair ini. Secara langsung membuktikan bahawa bentuk puisi (syair) merakamkan peristiwa letusan Gunung Berapi Tambora dengan tepat dan rinci yang dimurnikan dengan penggunaan bahasa pelambangan. Rumusannya, peristiwa bencana letusan Gunung Berapi Tambora dalam Syair Kerajaan Bima lebih memberi kesan kepada khalayaknya menerusi penggunaan bahasa yang indah tanpa mengenepikan kebenaran fakta yang sangat penting dalam penentuan kebenaran sejarahnya.