Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia

Kesejahteraan merupakan asas sebuah kehidupan bagi mencapai kebahagiaan. Kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah bermaksud penilaian seseorang tentang keadaan ekonomi mereka berdasarkan faktor pilihan dan keperluan. Penyertaan wanita bandar dalam sektor informal terdedah dengan pelbagai cabaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Othman, Ab. Razak
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/112942/1/112942.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/112942/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
id my.upm.eprints.112942
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
topic Women - Employment - Malaysia
Informal sector (Economics)
Home economics - Malaysia
spellingShingle Women - Employment - Malaysia
Informal sector (Economics)
Home economics - Malaysia
Othman, Ab. Razak
Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia
description Kesejahteraan merupakan asas sebuah kehidupan bagi mencapai kebahagiaan. Kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah bermaksud penilaian seseorang tentang keadaan ekonomi mereka berdasarkan faktor pilihan dan keperluan. Penyertaan wanita bandar dalam sektor informal terdedah dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan kerana sektor informal bersifat rentan. Cabaran lebih sukar dihadapi apabila berlakunya ketidaktentuan ekonomi dan krisis COVID-19 yang telah melanda negara dan seluruh dunia menyebabkan pekerja dalam sektor ini menerima kesan negatif yang besar. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya pekerja di sektor ini diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan tahap kebajikan, perlindungan dan pemerkasaan sektor informal negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilaksana dan dipergiatkan lagi supaya pekerja dalam sektor ini menikmati tahap kesejahteraan ekonomi subjektif yang lebih baik dari aspek pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan aset yang mampu dimiliki oleh mereka. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sebab wanita menyertai sektor informal berdasarkan ciri-ciri demografi (umur, pendapatan, taraf pendidikan, bilangan isi rumah dan status perkahwinan) terhadap faktor penyertaan dalam sektor informal. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor penyertaan wanita secara pilihan dan keperluan serta mengukur faktor kemahiran sebagai pemboleh ubah perantara terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif. Penyertaan wanita adalah secara pilihan dan keperluan dianalisis menggunakan Teori Penyebab, Teori Utiliti dan Teori Kehidupan Mampan. Selanjutnya kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif, dengan teknik persampelan rawak berstrata, iaitu seramai 474 orang responden yang dipilih dari zon tengah semenanjung Malaysia meliputi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, instrumen borang soal selidik yang mengandungi lima bahagian iaitu demografi, jenis pekerjaan, faedah, kesejahteraan ekonomi subjektif, faktor penyertaan dan mediator kemahiran telah diedarkan bagi memperoleh data. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis Moment for Structures (AMOS) IBM AMOS V23 digunakan bagi menganalisis data. Analisis Regresi Linear Berganda dan SEM-AMOS digunakan bagi melihat hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri demografi penyertaan wanita secara pilihan yang signifikan ialah pendapatan (p = 0.008), dan status perkahwinan (berpisah) (p = 0.008) sahaja, manakala, ciri-ciri demografi secara keperluan yang signifikan hanyalah pendapatan sahaja iaitu (p= 0.008). Seterusnya, terdapat pengaruh oleh penyertaan wanita secara pilihan dan penyertaan secara keperluan iaitu sebanyak 53 peratus varians dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah. Faktor penyertaan wanita menyumbang secara signifikan terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah iaitu (β = 0.25, p < .001) menerusi penyertaan secara keperluan dan (β = 0.27, p < 0.001) penyertaan secara pilihan. Pendapatan merupakan ciri demografi yang paling utama yang menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah. Aspek kemahiran pula dilihat sebagai perantara yang signifikan menerusi penyertaan secara pilihan (β = 0.27, p < .001) dan penyertaan secara keperluan (β = 0.18, p < .001) terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah. Kemahiran yang dimiliki akan meningkatkan produktiviti dan pekerja mahir sentiasa diperlukan oleh majikan. Justeru, implikasi dapatan kajian ini membuktikan bahawa sektor pekerjaan informal perlu diambil perhatian secara serius oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan tahap kebajikan, perlindungan, kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi secara menyeluruh. Selain itu, disarankan agar semua pihak khususnya pihak kerajaan mempunyai hala tuju dan dasar yang jelas untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dalam sektor informal. Program penambahbaikan seperti program peningkatan kemahiran, perlindungan pekerjaan serta peluang pendapatan yang memadai perlu dipergitkan lagi agar dapat memberi manfaat kepada 2.54 juta pekerja dalam sektor informal di Malaysia. Kesimpulannya, kajian ini telah memberi sumbangan signifikan terhadap implikasi teori dan praktikal penyertaan wanita dalam sektor informal dan seterusnya menjawab semua persoalan dan objektif kajian.
format Thesis
author Othman, Ab. Razak
author_facet Othman, Ab. Razak
author_sort Othman, Ab. Razak
title Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia
title_short Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia
title_full Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia
title_fullStr Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia
title_full_unstemmed Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia
title_sort faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah semenanjung malaysia
publishDate 2022
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/112942/1/112942.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/112942/
_version_ 1814054776025907200
spelling my.upm.eprints.1129422024-10-22T09:02:36Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/112942/ Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia Othman, Ab. Razak Kesejahteraan merupakan asas sebuah kehidupan bagi mencapai kebahagiaan. Kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah bermaksud penilaian seseorang tentang keadaan ekonomi mereka berdasarkan faktor pilihan dan keperluan. Penyertaan wanita bandar dalam sektor informal terdedah dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan kerana sektor informal bersifat rentan. Cabaran lebih sukar dihadapi apabila berlakunya ketidaktentuan ekonomi dan krisis COVID-19 yang telah melanda negara dan seluruh dunia menyebabkan pekerja dalam sektor ini menerima kesan negatif yang besar. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya pekerja di sektor ini diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan tahap kebajikan, perlindungan dan pemerkasaan sektor informal negara. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilaksana dan dipergiatkan lagi supaya pekerja dalam sektor ini menikmati tahap kesejahteraan ekonomi subjektif yang lebih baik dari aspek pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan aset yang mampu dimiliki oleh mereka. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sebab wanita menyertai sektor informal berdasarkan ciri-ciri demografi (umur, pendapatan, taraf pendidikan, bilangan isi rumah dan status perkahwinan) terhadap faktor penyertaan dalam sektor informal. Seterusnya, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor penyertaan wanita secara pilihan dan keperluan serta mengukur faktor kemahiran sebagai pemboleh ubah perantara terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif. Penyertaan wanita adalah secara pilihan dan keperluan dianalisis menggunakan Teori Penyebab, Teori Utiliti dan Teori Kehidupan Mampan. Selanjutnya kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian secara kuantitatif, dengan teknik persampelan rawak berstrata, iaitu seramai 474 orang responden yang dipilih dari zon tengah semenanjung Malaysia meliputi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, instrumen borang soal selidik yang mengandungi lima bahagian iaitu demografi, jenis pekerjaan, faedah, kesejahteraan ekonomi subjektif, faktor penyertaan dan mediator kemahiran telah diedarkan bagi memperoleh data. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Analysis Moment for Structures (AMOS) IBM AMOS V23 digunakan bagi menganalisis data. Analisis Regresi Linear Berganda dan SEM-AMOS digunakan bagi melihat hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah. Keputusan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri demografi penyertaan wanita secara pilihan yang signifikan ialah pendapatan (p = 0.008), dan status perkahwinan (berpisah) (p = 0.008) sahaja, manakala, ciri-ciri demografi secara keperluan yang signifikan hanyalah pendapatan sahaja iaitu (p= 0.008). Seterusnya, terdapat pengaruh oleh penyertaan wanita secara pilihan dan penyertaan secara keperluan iaitu sebanyak 53 peratus varians dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah. Faktor penyertaan wanita menyumbang secara signifikan terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah iaitu (β = 0.25, p < .001) menerusi penyertaan secara keperluan dan (β = 0.27, p < 0.001) penyertaan secara pilihan. Pendapatan merupakan ciri demografi yang paling utama yang menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah. Aspek kemahiran pula dilihat sebagai perantara yang signifikan menerusi penyertaan secara pilihan (β = 0.27, p < .001) dan penyertaan secara keperluan (β = 0.18, p < .001) terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah. Kemahiran yang dimiliki akan meningkatkan produktiviti dan pekerja mahir sentiasa diperlukan oleh majikan. Justeru, implikasi dapatan kajian ini membuktikan bahawa sektor pekerjaan informal perlu diambil perhatian secara serius oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan tahap kebajikan, perlindungan, kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi secara menyeluruh. Selain itu, disarankan agar semua pihak khususnya pihak kerajaan mempunyai hala tuju dan dasar yang jelas untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dalam sektor informal. Program penambahbaikan seperti program peningkatan kemahiran, perlindungan pekerjaan serta peluang pendapatan yang memadai perlu dipergitkan lagi agar dapat memberi manfaat kepada 2.54 juta pekerja dalam sektor informal di Malaysia. Kesimpulannya, kajian ini telah memberi sumbangan signifikan terhadap implikasi teori dan praktikal penyertaan wanita dalam sektor informal dan seterusnya menjawab semua persoalan dan objektif kajian. 2022-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/112942/1/112942.pdf Othman, Ab. Razak (2022) Faktor penyertaan wanita dalam sektor informal terhadap kesejahteraan ekonomi subjektif isi rumah di zon tengah Semenanjung Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Women - Employment - Malaysia Informal sector (Economics) Home economics - Malaysia Malay