Antara komersialisme dengan intelektualisme dalam novel getaran rindu.

Kesusasteraan Melayu menawarkan suatu hubungan yang harmonis antara pengkarya,karya dan khalayak. Dalam tradisi penghasilan karya sastera, penelitian terhadap struktur luaran dan dalaman sesebuah karya amat dititikberatkan dalam mewajahkan pengkelasan karya tersebut sama ada berbentuk prosa atau pui...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin, Kamariah
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Universiti Malaya 2009
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13118/1/Antara%20komersialisme%20dengan%20intelektualisme%20dalam%20novel%20getaran%20rindu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/13118/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Kesusasteraan Melayu menawarkan suatu hubungan yang harmonis antara pengkarya,karya dan khalayak. Dalam tradisi penghasilan karya sastera, penelitian terhadap struktur luaran dan dalaman sesebuah karya amat dititikberatkan dalam mewajahkan pengkelasan karya tersebut sama ada berbentuk prosa atau puisi. Sehubungan itu, genre novel seringkali ditanggap sebagai sebuah karya besar yang harus memuatkan saluran ilmu dan maklumat yang berguna; bukan sekadar menyampaikan cerita dan menampilkan helaian ketebalan kertas yang kadang-kadang memperlekehkan pembaca. Dalam erti kata lain, tugas pengarang novel amat besar peranannya dalam mewajahkan kesusateraan tanahair sekaligus mencorakkan keperibadian masyarakat pembaca. Kewujudan novel-novel Melayu di pasaran bukan sekadar memenuhi ruang rak buku atau menyaingi lambakan karya pop Barat dan juga bukan sekadar mematuhi kehendak penerbit yang memetingkan habuan keuntungan berlipat ganda atau menyogok selera pembaca membaca hal-hal yang remeh temeh. Tetapi tugas pengarang dan mengarang merupakan amanah berat yang harus dipikul oleh setiap manusia yang bergelar “penulis” sebagai sumbangan yang bermanfaat untuk pembentukan pemetaan kesusasteraan Melayu tanahair sepanjang zaman. Di samping mewujudkan pertalian manusia dengan manusia (habl min al-Nas) dan manusia dengan Allah SWT (hab min Allah) sebagai jaringan dalam menyempurnakan tanggungjawab dan amanah sebagai “penulis” untuk mendidik manusia ke arah kebaikan di muka bumi ini. Justeru , makalah ini merungkai niai komerisalisme dengan nilai intelektualisme yang seharusnya menjadi garis panduan pengarang sebelum dikategorikan sebagai “novel popular”, “sastera popular” atau “penulis popular”. Dalam konteks ini, novel “Getaran Rindu” karya Norzailina Nordin digunakan sebagai paksi penganalisiannya.