Sistem ejaan jawi dan kosa kata pada batu bersurat piagam Terengganu.

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sistem tulisan Jawi dan kosa kata yang terdapat pada batu bersurat piagam Terengganu yang bertarikh 702 H / 1303 M. Walaupun terdapat banyak kajian yang dijalankan terhadap batu bersurat ini namun masih terdapat banyak perselisihan pandangan tentang translitera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz, Adi Yasran, Jumaat, Nurhidayah
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16732/1/Sistem%20ejaan%20jawi%20dan%20kosa%20kata%20pada%20batu%20bersurat%20piagam%20Terengganu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/16732/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sistem tulisan Jawi dan kosa kata yang terdapat pada batu bersurat piagam Terengganu yang bertarikh 702 H / 1303 M. Walaupun terdapat banyak kajian yang dijalankan terhadap batu bersurat ini namun masih terdapat banyak perselisihan pandangan tentang transliterasi dan tafsiran yang tepat terhadap beberapa kosa katanya yang tertulis padanya. Bagi mengatasi masalah ini satu kajian tentang sistem ejaan Jawi dan perbandingannya dengan sistem tulisan Jawi baharu dan analisis kosa kata berdasarkan makna teks dan konteks telah dilakukan pada batu bersurat ini. Hasilnya didapati bahawa tulisan dan ejaan Jawi pada batu bersurat ini sudah mempunyai sistemnya yang tersendiri yang mempunyai banyak persamaan dengan ejaan sekarang walaupun kosa katanya masih banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan Arab sesuai dengan bahasa Melayu kuno. Transliterasi tulisan Jawi ke Rumi dan tafsiran terhadap beberapa kosa kata yang sukar difahami juga telah dilakukan dengan beberapa pindaan dan penambahbaikan daripada kajian sebelum ini sekali gus menjawab beberapa permasalahan yang timbul sebelum ini.