Wacana seksualiti insan dalam novel pujangga melayu oleh Mohd. Affandi Hassan.

Kesusasteraan Melayu masa kini dibanjiri gagasan sastera dengan terasnya yang berbagai-bagai. Namun demikian, gagasan tersebut menjurus kepada matlamat yang sama: menyediakan kerangka pemahaman tentang karya sastera yang bermutu. Kebanyakan gagasan itu dijana melalui tulisan ilmiah, berbanding karya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rani, Mohd Zariat
Format: Article
Language:English
Malay
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia 2006
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17614/1/Wacana%20seksualiti%20insan%20dalam%20novel%20pujangga%20melayu%20oleh%20Mohd.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17614/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Kesusasteraan Melayu masa kini dibanjiri gagasan sastera dengan terasnya yang berbagai-bagai. Namun demikian, gagasan tersebut menjurus kepada matlamat yang sama: menyediakan kerangka pemahaman tentang karya sastera yang bermutu. Kebanyakan gagasan itu dijana melalui tulisan ilmiah, berbanding karya kreatif. Hal ini menimbulkan persoalan seperti apakah tulisan kreatif tidak dapat menjadi wadah yang “sah” untuk melahirkan gagasan? Sehubungan itu, rencana ini menjadikan novel Pujangga Melayu (1997) karya Mohd. Affandi Hassan sebagai bahan kajian, kerana ia diajukan sebagai terjemahan konkrit dalam bentuk tulisan kreatif terhadap gagasan Persuratan Baru, yang sebelum itu terjana novelisnya melalui tulisan ilmiah. Dengan menjadikan seksualiti manusia sebagai subjek, rencana ini akan menganalisis pengertian seksualiti yang terkandung dalam novel itu dengan membandingkannya dengan falsafah dan prinsip asas yang mendasari Persuratan Baru. Daripada analisis, didapati pemahaman seksualiti yang terkandung dalam novel itu sejajar dengan falsafah dan prinsip Persuratan Baru yang berpaksikan Taklif, iaitu perakuan terhadap hakikat keterikatan manusia dengan Pencipta mereka. Kajian ini turut menjelaskan pemahaman tersebut tidak sahaja diberi novelisnya melalui manipulasi alat-alat penceritaan, tetapi juga (dan yang lebih dominan) ialah penggemblengan wacana.