Peranan agensi dalam pembentukan pandangan hidup petani untuk menghadapi cabaran pembangunan

Sektor pertanian di negara ini mempunyai berbagai cabaran dalam merealisasikan pembangunan. Antaranya ialah penggunaan sumber yang cekap; pengubahsuaian teknologi; kekurangan tenaga kerja, pulangan ladang yang rendah dan pemasaran yang berkesan. Sekiranya sektor pertanian akan terus memainkan perana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Teh, Saidin, Hamzah, Azimi
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Malay
Published: 1986
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17782/1/ID%2017782.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/17782/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Sektor pertanian di negara ini mempunyai berbagai cabaran dalam merealisasikan pembangunan. Antaranya ialah penggunaan sumber yang cekap; pengubahsuaian teknologi; kekurangan tenaga kerja, pulangan ladang yang rendah dan pemasaran yang berkesan. Sekiranya sektor pertanian akan terus memainkan peranan sebagai salah satu daripada sumber utama ekonomi negara, petani-petani perlulah disediakan untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Untuk tujuan itu, sebagai asas dan mekanisma untuk bertindak, mereka ini hendaklah mempunyai beberapa perlakuan dan pandangan hidup yang positif seperti berfikiran terbuka, berpengetahuan, berdikari, berpandangan jauh,bersemangat kekitaan, bertanggunjawab terhadap komuniti, melibatkan diri, mengetahui potensi dan mengenal pasti sumber-sumber. Menyedari akan cabaran-cabaran sektor pertanian dan persediaan-persediaan yang diperlukan oleh petani, pendekatan agensi hendaklah bermula dengan tahap persediaan petani masa kini dan masalah berkaitan. Berdasarkan kepada asas-asas ini dan matlamat-matlamat yang dikenalpasti, agensi-agensi pembangunan bolehlah menyesuaikan peranan mereka. Di antara peranan-peranan utama agensi yang sesuai dengan matlamat-matlamat yang diharapkan ialah sebagai mangkin, sebagai penghubung sumber, sebagai penyelesaian masalah dan pembantu proses.