Pengetahuan mahasiswa UPM terhadap prinsip Islam Hadhari: satu pengamatan awal

Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 23 September 2004 dan terdapat sepuluh prinsip utama yang telah diketengahkan. Islam Hadhari adalah pendekatan baru yang ingin dibawai oleh kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina masyarakat Malaysia yang bertamadun da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab. Halim, Adlina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18724/1/ID%2018724.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/18724/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 23 September 2004 dan terdapat sepuluh prinsip utama yang telah diketengahkan. Islam Hadhari adalah pendekatan baru yang ingin dibawai oleh kerajaan sebagai pelengkap kepada agenda membina masyarakat Malaysia yang bertamadun dan gemilang. Berdasarkan sepuluh prinsip ini, sejauh manakah ianya telah difahami oleh generasi muda Malaysia khususnya dari kalangan mahasiswa universiti? Dua tahun telah berlalu sejak ianya diperkenalkan dan adakah pendekatan ini:telah memberikan kesan positif kepada mereka untuk menghayati Islam dengan lebih sempurna atau sekadar konsep yang tidak dipraktikkan? Justeru, kertas ini bertujuan mengukur tahap kefahaman mahasiswa UPM terhadap pendekatan Islam Hadhari melalui metod survei dengan menggunakan alat instrumen yang alphanya adalah .917 - .950. Kajian yang menggunakan satu ribu pelajar sebagai responden kajian telah mengenal pasti beberapa variable dan faktor Islam hadhari yang memberi kesan terhadap pengetahuan mahasiswa tentang prinsip ini.