Kesilapan Pembentukan Kata Terbitan Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar dan Penyelesaiannya

Kata terbitan (Masdar) memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa Arab dan penggunaannya amat meluas sama ada dalam penulisan mahupun pembacaan pendengaran dan pertuturan. Penggunaannya dalam bahasa Arab tidak terbatas sebagai mubtada` bahkan sebagai maf`ul mutlak, maf`ul liajlih, maf`...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Jabbar, Muhammad Bahari
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19412/1/FBMK_2011_15.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19412/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Kata terbitan (Masdar) memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa Arab dan penggunaannya amat meluas sama ada dalam penulisan mahupun pembacaan pendengaran dan pertuturan. Penggunaannya dalam bahasa Arab tidak terbatas sebagai mubtada` bahkan sebagai maf`ul mutlak, maf`ul liajlih, maf`ul ma`ahu dan sebagainya. Namun sejak kebelakangan ini, pelajar lemah dalam menguasai bahasa Arab khususnya ilmu saraf yang berkaitan dengan pembentukan kata terbitan bahasa Arab. Di samping itu juga, para pengkaji dan penganalisis amat jarang dan kurang berminat dalam mengkaji kemampuan pelajar dalam membentuk kata terbitan dan mereka tidak terdorong untuk menengahkan kaedah pengajaran ilmu saraf dengan berkesan secara amnya dan kata terbitan secara khasnya. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui kemampuan pelajar membentuk kata terbitan bagi kata kerja ruba`iy, khumasiy dan sudasiy yang terbahagi kepada kata kerja sahih dan mu`tal, menyingkap sebab-sebab kesalahan dalam kalangan pelajar ketika membentuk kata terbitan ini, serta menampilkan kaedah pengajaran kata terbitan yang berkesan kepada pelajar. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian lapangan yang dijalankan mengikut pendekatan analisis kesilapan yang dipelopori oleh S.Pit Corder. Seramai 123 orang sampel telah dipilih untuk mendapatkan data bagi mencapai objektif kajian. Mereka terdiri daripada pelajar jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Nilai, Negeri Sembilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar masih lemah dalam pembentukan kata terbitan bagi kata kerja yang berbaris dan tidak berbaris, kata kerja ruba`iy mencatatkan 76% kesalahan, diikuti kata kerja khumasiy 77% dan 75% bagi kata kerja sudasiy. Manakala kata kerja yang tidak berbaris 87% untuk kata kerja ruba`iy 83% untuk khumasiy dan 74% untuk sudasiy. Punca kesilapan bagi kata kerja yang berbaris dirumuskan kepada lemah kaedah morfologi, keliru antara kata terbitan dan kata pelaku, kurang kosa kata Arab serta gopoh bagi kata kerja yang berbaris. Manakala bagi, kata kerja yang tidak berbaris berpunca dari kegopohan, lalai, kurang kosa kata, serta kurangnya latihan yang berkaitan. Di akhir kajian ini di utarakan beberapa cadangan dan kaedah yang berkesan yang mampu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembentukan kata terbitan bahasa Arab khasnya dan bahasa Arab umumnya.