Tahap Penerimaan Guna Amalan Pertanian Tepat dalam Kalangan Pesawah di Sawah Sempadan, Selangor, Malaysia

Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memperkenalkan Amalan Pertanian Tepat (APT) berdasarkan Manual Semak Padi untuk meningkatkan pengeluaran padi dan pada masa yang sama mengurangkan import beras. Walau bagaimanapun, pengenalan kepada teknologi baru ini kurang membe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Johari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19560/1/FPP_2010_23_F.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/19560/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memperkenalkan Amalan Pertanian Tepat (APT) berdasarkan Manual Semak Padi untuk meningkatkan pengeluaran padi dan pada masa yang sama mengurangkan import beras. Walau bagaimanapun, pengenalan kepada teknologi baru ini kurang memberi kesan yang menyeluruh, sebagaimana yang diukur daripada tahap pengeluaran dan perbandingan dengan negara pengeluar beras yang lain. Kajian-kajian lampau mendapati bahawa faktor sikap, pengetahuan dan kemahiran dapat menyumbang kepada penerimaanguna teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap sikap, pengetahuan dan kemahiran yang mungkin memberi kesan kepada penerimaanguna APT dalam penanaman padi. Kajian ini juga melihat pengaruh umur, saiz sawah padi, tahap pendidikan, sumber maklumat APT dan penglibatan petani dalam aktiviti-aktiviti sosial terhadap penerimaanguna APT. Kajian ini melibatkan 119 orang responden yang telah dipilih secara Convenience Sampling Method untuk menjadi sampel kajian. Mereka adalah pesawah yang mengusahakan padi di Sawah Sempadan, IADABLS. Maklumat dikumpul menggunakan borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap, pengetahuan dan kemahiran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaanguna APT. Sementara semua faktor demografi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaanguna APT. Sikap dan kemahiran menyumbang kepada penerimaanguna APT, namun pengetahuan tidak menyumbang kepada penerimaanguna APT. Penerimaanguna APT dalam kalangan pesawah di Sawah Sempadan, Selangor adalah berada pada tahap tinggi. Tahap APT yang tinggi ini menunjukkan pesawah di Sawah Sempadan mempunyai sikap, pengetahuan dan kemahiran terhadap penerimaanguna APT yang baik. Pihak berwajib khususnya Jabatan Pertanian perlulah berusaha mengekalkan lagi dan seterusnya meningkatkan lagi penerimaanguna APT dengan cara memberi latihan dan bimbingan yang dapat mengubah sikap, pengetahuan dan kemahiran pesawah.