Perbuatan salah laku dan pola komunikasi keluarga menurut perspektif remaja
Komunikasi keluarga merupakan elemen asas kepada kewujudan dan keharmonian sesebuah keluarga itu. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapatnya perkaitan antara komunikasi keluarga terutamanya komunikasi antara ibu bapa dengan anak dengan perbuatan salah laku dalam kalangan remaja. Hal ini turu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2011
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27829/1/FBMK%202011%2050R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/27829/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English Malay |
Summary: | Komunikasi keluarga merupakan elemen asas kepada kewujudan dan keharmonian sesebuah keluarga itu. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapatnya perkaitan antara komunikasi keluarga terutamanya komunikasi antara ibu bapa dengan anak dengan perbuatan salah laku dalam kalangan remaja. Hal ini turut dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis yang menunjukkan berlakunya peningkatan kes-kes salah laku membabitkan para remaja sejak akhirakhir ini. Justeru, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara pola komunikasi keluarga yang diamalkan oleh keluarga remaja di Daerah Petaling dengan perbuatan salah laku dalam kalangan remaja terbabit. Objektif penyelidikan ini untuk mengenal pasti tahap orientasi perbualan dan keakuran yang diamalkan oleh keluarga remaja di Daerah Petaling, tipologi keluarga yang diamalkan oleh keluarga remaja, tahap salah laku remaja, perbezaan tahap salah laku mengikut jantina dan kaum, mengenal pasti perbezaan amalan orientasi perbualan dan keakuran mengikut jantina dan kaum, perbezaan tahap salah laku remaja antara tipologi keluarga, dan mengenal pasti hubungan antara orientasi perbualan dan keakuran, dan ikatan antara ibu bapa dengan anak-anak dengan tahap salah laku remaja. Penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan ke atas seramai 628 orang pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India di Daerah Petaling yang telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan teknik persampelan berkelompok pelbagai peringkat. Hasil penyelidikan mendapati bahawa majoriti remaja sekolah yang ditemui mengaku mereka ernah terbabit dengan perbuatan salah laku. Sungguhpun begitu, salah laku dalam kalangan mereka masih lagi berada pada tahap kurang serius. Tahap pembabitan dengan perbuatan salah laku dalam kalangan remaja lelaki adalah lebih tinggi daripada remaja perempuan. Selain daripada itu, majoriti keluarga mengamalkan tahap orientasi perbualan dan keakuran yang tinggi. Sementara majoriti tipologi atau jenis keluarga yang dipraktikkan oleh keluarga di Daerah Petaling ialah konsensual. Penyelidikan ini menunjukkan bahawa tahap pembabitan remaja kaum India tinggi bagi salah laku penyalahgunaan bahan terlarang, harta benda, kegiatan haram, dan bersuka tanpa izin ibu bapa berbanding dengan remaja kaum Melayu dan Cina. Walau bagaimanapun, tahap salah laku berkaitan kekerasan, pornografi, salah laku seks, melanggar disiplin sekolah, dan lari daripada rumah adalah sama bagi ketigatiga kaum. Penyelidikan ini turut mendapati bahawa tidak wujud perbezaan pola komunikasi keluarga bagi orientasi perbualan dan keakuran yang diamalkan oleh ibu bapa sama ada terhadap anak lelaki mahupun anak perempuan. Sungguhpun begitu, penyelidikan mendapati bahawa terdapat perbezaan pola komunikasi keluarga iaitu bagi dimensi orientasi perbualan dan keakuran yang signifikan yang diamalkan oleh ibu bapa berlainan kaum. Penyelidikan ini turut mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap salah laku remaja yang signifikan antara tipologi keluarga, iaitu tahap pembabitan remaja daripada jenis keluarga protektif dengan perbuatan salah laku didapati lebih tinggi, diikuti oleh keluarga laissez-faire berbanding dengan jenis keluarga pluralistik dan konsensual. Dapatan menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang signifikan tetapi negatif antara orientasi perbualan dengan salah laku remaja. Walau bagaimanapun, tidak terdapat korelasi yang signifikan antara orientasi keakuran dengan perbualan salah laku remaja. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujudnya pertalian yang signifikan tetapi negatif antara ikatan ibu bapa-anak dengan perbuatan salah laku dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian ibu bapa disarankan supaya mengamalkan persekitaran komunikasi yang terbuka, mesra, positif serta erat dengan anak-anak supaya mereka menjadi seorang yang yakin dengan diri sendiri. Seterusnya dapat membentuk sahsiah diri anak-anak supaya tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan ajaran agama. |
---|