Amalan pentaksiran guru dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif : kajian kes terhadap guru sekolah menengah.

Kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya dipadankan bersama proses penaksiran yang berkesan bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Tugas ini perlu digalas oleh individu guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dan proses penaksiran dapa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Mokhtar, Marzni, Baki, Roselan, Abd Rahman, Fadzilah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/29058/1/Amalan%20pentaksiran%20guru%20dalam%20pengajaran%20kemahiran%20menulis%20karangan%20argumentatif.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/29058/
http://www.ukm.my/jpbm/ViewVolume.aspx?vid=4
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna sekiranya dipadankan bersama proses penaksiran yang berkesan bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Tugas ini perlu digalas oleh individu guru bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dan proses penaksiran dapat dilaksanakan secara beriringan. Bagi tujuan ini, guru perlu memiliki pengetahuan dan pengalaman yang kompeten berkaitan proses penaksiran yang bakal dilangsungkan. Penghasilan wacana argumentatif mempunyai ekspektasi bahawa murid perlu mengemukakan fakta dan huraian yang padat dan jelas dalam sesebuah penulisan selain daripada mengelakkan timbulnya sebarang keraguan dalam kalangan pembaca terhadap isu yang dibincangkan. Hal ini demikian membawa kepada perlunya sistem penaksiran yang bersesuaian untuk menaksir kemampuan murid menulis karangan argumentatif. Justeru, makalah ini akan memberikan perhatian terhadap persoalan berkaitan bagaimana guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah menengah melaksanakan amalan penaksiran dalam pengajaran kemahiran menulis karangan argumentatif. Gambaran yang menyeluruh bagi memperlihatkan amalan penaksiran karangan peserta kajian dapat dijana dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif. Malah, metodologi kajian kes kualitatif ini melibatkan penyertaan enam orang guru Bahasa Melayu yang berperanan sebagai pembekal data yang “kaya”, dan tiga teknik pengumpulan data iaitu temu bual separa berstruktur, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen karangan argumentatif. Terdapat empat tema utama yang dapat dibentuk iaitu prosedur, pendekatan, pembinaan komunikasi antara guru dengan murid dan masalah pelaksanaan amalan penaksiran karangan bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan.