Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan

Pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual adalah satu pendekatan yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran bagi sesuatu pelajaran kerana ia memberikan konteks pengalaman kehidupan seharian serta kerjaya secara konkrit kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Jabatan Pendi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Chock Leon
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2003
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/1/549551_T_FPP_2003_23.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
id my.upm.eprints.318
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.3182013-05-27T06:47:32Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/ Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan Lee, Chock Leon Pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual adalah satu pendekatan yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran bagi sesuatu pelajaran kerana ia memberikan konteks pengalaman kehidupan seharian serta kerjaya secara konkrit kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT) telah memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual kepada semua pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) khususnya untuk pelajaran Matematik Tambahan (MT) mulai tahun 1999. Sehubungan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual, kajian dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelajar SMT terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan secara kontekstual khususnya untuk 1) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap lima aspek dalam pembelajaran secara kontekstual (PSK); 2) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan empat fasa pengajaran secara kontekstual; dan 3) mengkaji sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap PSK berdasarkan jenis kursus yang diikuti. Untuk tujuan ini seramai 206 pelajar Aliran Teknik dan enam orang guru MT dari SMT telah dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik dalam bentuk skala Likert 4-mata dibina oleh penyelidik telah digunakan untuk mendapat maklumat tentang persepsi pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar SMT terhadap PSK bagi aspek-aspek menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan pembelajaran dalam MT secara keseluruhan adalah positif dengan min sebanyak 2.71. Antara kelima-lima aspek PSK tersebut, persepsi yang paling positif adalah bagi aspek bekerjasama, khususnya memberikan kebaikan dari segi interaksi di antara semua pelajar dan juga memperolehi kemahiran interpersonal. Di antara fasa pengajaran yang paling kerap dilaksanakan ialah fasa mengimbas kembali, menunjukkan guru banyak menerapkan pengajaran secara kontekstual dalam fasa ini. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min persepsi terhadap PSK secara keseluruhan berdasarkan kursus yang diikuti oleh pelajar, F(3,202)=5.03, p<.05. Kajian ini menunjukkan min persepsi bagi pelajar mengikuti kursus PKEE adalah positif iaitu 2.78, begitu juga bagi PKA sebanyak 2.77, manakala PKJ sebanyak 2.68 dan Perdagangan sebanyak 2.57. Berdasarkan ujian perbandingan pelbagai ‘Scheffe’ pula, persepsi pelajar dari kursus PKEE didapati paling positif berbanding dengan pelajar yang mengikuti kursus lain. Ini menunjukkan bahawa PSK memberi impak yang positif bagi kumpulan ini.Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai sumber untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk pelajaran MT. Dapatan juga menunjukkan kesan positif daripada PSK, khususnya bagi aspek belajar bekerjasama dan mengalami yang boleh dipraktikkan di dalam konteks pembelajaran seharian para pelajar. Aspek-aspek ini harusnya diterapkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di SMT. 2003-12 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/1/549551_T_FPP_2003_23.pdf Lee, Chock Leon (2003) Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description Pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual adalah satu pendekatan yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran bagi sesuatu pelajaran kerana ia memberikan konteks pengalaman kehidupan seharian serta kerjaya secara konkrit kepada pelajar-pelajar. Justeru itu, Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT) telah memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual kepada semua pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) khususnya untuk pelajaran Matematik Tambahan (MT) mulai tahun 1999. Sehubungan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual, kajian dijalankan untuk mengenal pasti persepsi pelajar SMT terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan secara kontekstual khususnya untuk 1) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap lima aspek dalam pembelajaran secara kontekstual (PSK); 2) mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pelaksanaan empat fasa pengajaran secara kontekstual; dan 3) mengkaji sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap PSK berdasarkan jenis kursus yang diikuti. Untuk tujuan ini seramai 206 pelajar Aliran Teknik dan enam orang guru MT dari SMT telah dipilih sebagai responden kajian. Soal selidik dalam bentuk skala Likert 4-mata dibina oleh penyelidik telah digunakan untuk mendapat maklumat tentang persepsi pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar SMT terhadap PSK bagi aspek-aspek menghubungkait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan pembelajaran dalam MT secara keseluruhan adalah positif dengan min sebanyak 2.71. Antara kelima-lima aspek PSK tersebut, persepsi yang paling positif adalah bagi aspek bekerjasama, khususnya memberikan kebaikan dari segi interaksi di antara semua pelajar dan juga memperolehi kemahiran interpersonal. Di antara fasa pengajaran yang paling kerap dilaksanakan ialah fasa mengimbas kembali, menunjukkan guru banyak menerapkan pengajaran secara kontekstual dalam fasa ini. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min persepsi terhadap PSK secara keseluruhan berdasarkan kursus yang diikuti oleh pelajar, F(3,202)=5.03, p<.05. Kajian ini menunjukkan min persepsi bagi pelajar mengikuti kursus PKEE adalah positif iaitu 2.78, begitu juga bagi PKA sebanyak 2.77, manakala PKJ sebanyak 2.68 dan Perdagangan sebanyak 2.57. Berdasarkan ujian perbandingan pelbagai ‘Scheffe’ pula, persepsi pelajar dari kursus PKEE didapati paling positif berbanding dengan pelajar yang mengikuti kursus lain. Ini menunjukkan bahawa PSK memberi impak yang positif bagi kumpulan ini.Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai sumber untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti untuk pelajaran MT. Dapatan juga menunjukkan kesan positif daripada PSK, khususnya bagi aspek belajar bekerjasama dan mengalami yang boleh dipraktikkan di dalam konteks pembelajaran seharian para pelajar. Aspek-aspek ini harusnya diterapkan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di SMT.
format Thesis
author Lee, Chock Leon
spellingShingle Lee, Chock Leon
Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan
author_facet Lee, Chock Leon
author_sort Lee, Chock Leon
title Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan
title_short Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan
title_full Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan
title_fullStr Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan
title_full_unstemmed Persepsi Pelajar Sekolah Menengah Teknik Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual dalam Matematik Tambahan
title_sort persepsi pelajar sekolah menengah teknik terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dalam matematik tambahan
publishDate 2003
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/1/549551_T_FPP_2003_23.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/318/
_version_ 1643821793299922944