Kesan instruksi audio visual terhadap pembelajaran caklempong di sekolah menengah daerah Sepang, Selangor
Kajian ini meneliti kesan instruksi audio visual terhadap pembelajaran caklempong di sebuah sekolah menengah dalam daerah Sepang. Kajian ini yang dijalankan secara kuasi eksperimental untuk melihat dan membandingkan hasil pembelajaran dari segi prestasi dan minat pelajar dalam permainan caklempong....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32030/1/FEM%202012%2011R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/32030/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini meneliti kesan instruksi audio visual terhadap pembelajaran caklempong di sebuah sekolah menengah dalam daerah Sepang. Kajian ini yang dijalankan secara kuasi
eksperimental untuk melihat dan membandingkan hasil pembelajaran dari segi prestasi dan minat pelajar dalam permainan caklempong. Seramai 20 orang pelajar untuk Kumpulan Eksperimen dan 20 orang pelajar lagi untuk Kumpulan Kawalan telah menyertai sesi eksperimen yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, hanya salah satu sahaja alat muzik caklempong yang digunakan iaitu gereteh yang memainkan melodi pokok dalam set muzik caklempong bagi menguji tahap permainan pelajar. Penggunaan pengajaran instruksi audio
visual dijadikan sebagai pembolehubah untuk dieksperimen bagi Kumpulan Eksperimen manakala Kumpulan Kawalan pula akan diajar permainan caklempong tetapi tanpa penggunaan instruksi audio visual. Analisis diskriptif telah dilakukan dengan meneliti rakaman setiap sesi eksperimen dan sesi penilaian bagi melihat prestasi dari segi ketepatan nada, ketepatan masa, perkembangan tingkahlaku-tingkahlaku pelajar, dan perubahan minat. Data-data yang diperolehi akan diproses dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Ini termasuk deskripsi tingkahlaku pelajar dan juga analisis ”wave file” dan spektogram melalui perisian ”Cool Edit Pro”. Data statistik yang akan digunakan untuk menganalisa data ialah kekerapan dan peratus.
Dapatan kajian mendapati tiada perbezaan yang ketara antara corak-corak kesalahan dari segi ketepatan nada bagi setiap baris lagu Dikir Putri yang diuji, bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Namun secara keseluruhannya, pelajar Kumpulan Eksperimen melakukan lebih banyak kesalahan dari segi penguasaan nada berbanding dengan pelajar Kumpulan Kawalan. Untuk ketepatan tempo atau masa pula, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua kumpulan semasa sesi pembelajaran dijalankan tetapi Kumpulan Eksperimen adalah lebih seimbang dari segi penguasaan masa pada penilaian
akhir. Perkembangan tingkahlaku sosial dapat diperhatikan sepanjang proses pengajaran dijalankan. Hasil kajian mendapati pemupukan nilai-nilai murni telah dapat diterapkan kepada kedua-dua kumpulan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa Kumpulan Kawalan lebih menunjukkan penerapan nilai-nilai murni yang positif jika dibandingkan dengan Kumpulan Eksperimen. Namun begitu, dari segi perubahan minat pula, didapati Kumpulan Eksperimen menunjukkan lebih minat pada ekperimen yang telah dijalankan ke atas mereka dalam kajian ini. Oleh itu, adalah diharapkan dengan adanya penggunaan audio visual dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari dan mendalami permainan alat muzik caklempong. Di samping itu juga, penggunaan instruksi audio visual diharap dapat membantu para guru dalam mempelbagaikan kaedah dan corak pengajaran di dalam bilik darjah. |
---|