Penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja di sekolah
Institusi sekolah tidak terkecuali daripada persoalan ketidaksantunan berbahasa, terutama dalam kalangan remaja sekolah. Justeru makalah ini akan membincangkan penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja sekolah untuk tujuan mengancam dan menyerang muka remaja lain. Sebanyak 978 orang...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Persatuan Linguistik Malaysia
2012
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35732/1/Penggunaan%20strategi%20ketidaksantunan%20dalam%20kalangan%20remaja%20di%20sekolah.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35732/ http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1506 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Institusi sekolah tidak terkecuali daripada persoalan ketidaksantunan berbahasa, terutama dalam kalangan remaja sekolah. Justeru makalah ini akan membincangkan penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja sekolah untuk tujuan mengancam dan menyerang muka remaja lain. Sebanyak 978 orang remaja sekolah menengah dijadikan sampel menggunakan tiga teknik persampelan, iaitu teknik persampelan variasi maksimum, persampelan snowball dan persampelan mengikut peluang. Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Data yang dikumpul dianalisis berlandaskan teori ketidaksantunan Culpeper (1996). Dapatan kajian mendapati remaja sekolah menggunakan strategi ketidaksantunan secara langsung untuk tujuan mentertawa dan memperlekeh, mengejek serta menghina remaja lain. Penggunaan strategi ketidaksantunan positif pula digunakan oleh remaja ketika mereka memaki/mencaci, menghina, mengejek, dan mengusir remaja lain. Strategi ketidaksantunan negatif' pula digunakan oleh remaja untuk tujuan merosak air muka remaja lain. Seterusnya penggunaan sarkarme atau sindiran digunakan remaja ketika mereka mengusir, menghina, dan mengejek rakan mereka, dan penggunaan strategi menahan kesantunan digunakan remaja apabila mereka mentertawa dan memperlekehkan remaja lain. Kesimpulannya, penggunaan strategi ketidaksantunan dalam kalangan remaja secara tidak langsung menonjolkan bahawa amalan kesantunan berbahasa telah tidak dipraktikkan dengan sepenuhnya oleh remaja di sekolah. Oleh yang demikian, guru sebagai orang yang paling rapat dengan kehidupan remaja ketika di sekolah perlu menjalankan tanggungjawab sebagai model masyarakat dalam memupuk nilai sopan santun dalam kalangan para remaja. Tanggungjawab guru perlu disokong oleh badan pengawas, pentadbir sekolah, PIBG, dan ahli masyarakat agar dapat meningkatkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat di samping memelihara nilai-nilai santun dan norma masyarakat. |
---|