Tinjauan interaksi lisan bahasa Melayu dalam kalangan remaja Malaysia dari sudut etnografi komunikasi
Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh sampel kajian dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35857/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Summary: | Kemampuan interaksi lisan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana interaksi lisan merupakan satu aspek penting dalam proses komunikasi. Kajian ini memberikan tumpuan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang digunakan oleh sampel kajian dalam interaksi lisan, kemampuan berbahasa, dan pertimbangan-pertimbangan komunikatif dalam perbualan formal. Di samping itu kajian ini juga membincangkan aspek kognitif yang mempengaruhi interaksi lisan sampel kajian. Perbincangan kedua-dua aspek ini dilaksanakan dalam kerangka teori etnografi komunikasi dan juga teori Relevan. Kajian ini berbentuk kajian lapangan menggunakan kaedah rakaman audio terhadap aktiviti interaksi lisan yang disertai oleh golongan remaja dalam Ujian Lisan Berasaskan Sekolah. Empat buah sekolah di daerah Kuala Langat telah dijadikan tempat kajian. Rakaman interaksi lisan ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori etnografi komunikasi Saville-Troike. Menurut teori etnografi komunikasi Saville-Troike, setiap interaksi lisan perlu memenuhi kehendak-kehendak komponen yang disarankan, iaitu genre, topik, tujuan, latar, ragam, peserta interaksi, bentuk mesej, kandungan mesej, urutan lakuan, peraturan interaksi, dan norma-norma interpretasi. Remaja telah melakukan pelbagai pertimbangan komunikatif untuk memastikan interaksi lisan dilaksanakan dengan sempurna. Pada masa yang sama dari segi pragmatik pula, input kognitif sampel kajian turut mempengaruhi kemampuan interaksi lisan dalam situasi formal. Sampel kajian mengaplikasikan pengalaman konteks untuk menyerlahkan pemikiran mereka melalui sesi interaksi yang disertai. |
---|