Interaksi sosial dalam penyampaian cerita rakyat Melayu

“Bawang Putih Bawang Merah”, “Si Tanggang”, Mat Jenin” dan “Si Badang” adalah antara cerita rakyat Melayu yang terkenal dalam masyarakat Melayu. Sesungguhnya masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya. Pelbagai nasihat dan pengajaran diberikan melalui perilaku mahupun lisan. Salah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Roslina
Format: Book
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/36083/1/Interaksi%20sosial%20dalam%20penyampaian%20cerita%20rakyat%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/36083/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:“Bawang Putih Bawang Merah”, “Si Tanggang”, Mat Jenin” dan “Si Badang” adalah antara cerita rakyat Melayu yang terkenal dalam masyarakat Melayu. Sesungguhnya masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai adat resam dan budaya. Pelbagai nasihat dan pengajaran diberikan melalui perilaku mahupun lisan. Salah satu kaedahnya adalah melalui penceritaan cerita rakyat Melayu. Cerita rakyat Melayu ini adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang diturunkan daripada generasi ke generasi. Kebiasaannya cerita rakyat ini disampaikan oleh seseorang yang dipanggil penglipurlara. Secara umumnya cerita rakyat Melayu berfungsi sebagai wadah hiburan dan wahana penyebar serta penyampai maklumat. Cerita rakyat Melayu turut berfungsi untuk menyebar serta melestarikan budaya, memberi pengajaran dan bimbingan kepada individu sebagai landasan dalam hidup bermasyarakat. Bagi menyampaikan cerita rakyat Melayu, penglipur lara sentiasa menjana idea baru dan mengaplikasikannya ketika penyampaian agar cerita yang hendak disampaikan menjadi lebih menarik. Interaksi Sosial dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu adalah sebuah buku yang sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan kepada pelajar, penyelidik, pencinta budaya dan juga sesuai bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam cerita rakyat Melayu.