Hubungan komunikasi interpersonal, komunikasi superior-subordinat dan halangan komunikasi dengan kepuasan komunikasi staf sokongan di Universiti Putra Malaysia
Kepuasan komunikasi dalam kalangan pekerja adalah penting kerana komunikasi dalam sesebuah organisasi merupakan asas yang menyatupadukan aktiviti semua fungsi yang wujud. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan antara superior dan subordinat akan membentuk suasana kerja yang penuh kepercayaan. Wala...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2012
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39183/1/FBMK%202012%2022R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39183/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kepuasan komunikasi dalam kalangan pekerja adalah penting kerana komunikasi dalam sesebuah organisasi merupakan asas yang menyatupadukan aktiviti semua fungsi yang wujud. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan antara superior dan subordinat akan membentuk suasana kerja yang penuh kepercayaan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa batasan dan halangan yang boleh mengganggu kelancaran proses komunikasi tersebut. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan
untuk mengetahui hubungan komunikasi interpersonal, komunikasi superior-subordinat dan halangan komunikasi dengan kepuasan komunikasi staf sokongan di UPM. Kajian
ini menggunakan Teori Penukaran Pemimpin-Anggota (LMX) untuk mengenal pasti kepuasan hubungan di antara staf sokongan dan pegawai akademik.
Kajian ini dijalankan dalam kalangan staf sokongan di 15 buah fakulti yang terdapat di Universiti Putra Malaysia. Data dalam kajian diperolehi daripada 291 responden yang
terdiri daripada staf sokongan dari setiap jabatan di fakulti. Penyelidikan ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai mekanisme perolehan
data. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS (Ver.18) dengan prosedur statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai dan juga
prosedur statistik inferensi iaitu ujian korelasi.
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara komunikasi interpersonal dan amalan komunikasi superior-subordinat terhadap kepuasan
komunikasi staf sokongan. Didapati responden kajian berasa puas dengan pegawai akademik yang mengamalkan komunikasi interpersonal dan juga amalan komunikasi superior-subordinat yang bersesuaian dengan suasana persekitaran organisasi. Namun,dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan di antara halangan komunikasi dengan kepuasan komunikasi.
Kesimpulannya, komunikasi dalam sesebuah organisasi bertujuan untuk melaksanakan perubahan dan seterusnya mempengaruhi tindakan ke arah kebajikan organisasi tersebut. Sistem komunikasi yang berkesan amat penting bagi perjalanan sesebuah organisasi kerana ia akan mewujudkan sesebuah organisasi yang teguh, berprinsip dan bermatlamat
di samping menghasilkan mutu kerja yang lebih berkesan. |
---|