Punca, kesan dan 'strategi mengatasi' tekanan dalam kalangan pemain bolasepak semasa perlawanan liga super 2011

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti punca tekanan serta kesan dari tekanan yang dialami terhadap prestasi dan ‘strategi mengatasi’ tekanan dalam kalangan pemain bola sepak Liga Super 2011. Peserta terdiri daripada 8 orang pemain bola sepak yang terlibat dengan Liga Super 2011 be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samad, Norinda
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39732/1/FPP%202012%2062R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/39732/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti punca tekanan serta kesan dari tekanan yang dialami terhadap prestasi dan ‘strategi mengatasi’ tekanan dalam kalangan pemain bola sepak Liga Super 2011. Peserta terdiri daripada 8 orang pemain bola sepak yang terlibat dengan Liga Super 2011 berumur antara 19 hingga 31 tahun (3 penyerang; 3 pertahanan; dan 2 midfield). Dari segi pengalaman bermain dalam Liga Super, didapati hanya 25% berpengalaman bermain selama 10 tahun, 12.5% berpengalaman bermain selama 8 tahun, 12.5% berpengalaman bermain selama 7 tahun, 25% berpengalaman bermain selama 5 tahun, 12.5% berpengalaman bermain selama 3 tahun, dan 12.5% berpengalaman bermain selama 2 tahun. Metodologi penyelidikan kualitatif digunakan untuk kajian ini dengan menggunakan kaedah temu bual terbuka semi struktur secara mendalam dan transkrip temuramah dianalisis secara terperinci. Analisis kandungan secara induktif (inductive content analysis) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan empat punca tekanan dalam kalangan pemain bola sepak Liga Super 2011 iaitu:1) tekanan dalaman, 2) tekanan luar, 3) kecederaan dan 4) masalah pengurusan. Manakala kesan tekanan yang dialami terhadap prestasi pula ialah penurunan prestasi, masalah psikologi dan masalah fisiologi. Terdapat lima ‘strategi mengatasi’ yang digunakan iaitu peningkatan strategi, pengelakan ‘strategi mengatasi’, persediaan mental, sokongan sosial dan berdoa. Secara keseluruhannya, punca tekanan yang dialami oleh responden bergantung kepada pandangan responden terhadap sesuatu perkara yang boleh mendatangkan ancaman kepada mereka. Maka secara tidak langsung kajian ini menyokong Model Transaksional Tekanan dan ‘Strategi Mengatasi’ yang dibangunkan oleh Lazarus dan Folkman (1984) di mana dalam model ini menyatakan bahawa bagaimana penilaian individu memandang sebuah situasi spesifik sebagai suatu yang dapat dikendalikan atau sebagai ancaman yang bahaya. Ketidakupayaan responden untuk menangani tekanan akan mengakibatkan prestasi mereka terjejas terutama sekali dari segi penurunan prestasi, menghadapi masalah psikologi dan fisiologi. Hasil kajian mendedahkan bahawa responden kurang didedahkan dengan cara-cara mengatasi tekanan dengan betul terutamanya semasa bersukan dan pertandingan.