Ciri dan konsep sastera remaja dalam novel terpilih Faisal Tehrani

Kajian ini merupakan analisis tentang konsep sastera remaja yang terdapat dalam novel-novel remaja karya Faisal Tehrani. Terdapat percanggahan pendapat mengenai kedudukan novel remaja yang dihasilkan oleh Faisal Tehrani. Hashim Ismail dan Mohammad Saleeh Rahamad menyatakan bahawa novel-novel Faisa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ngatiman, Mariani
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42794/1/FBMK%202013%2012R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42794/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini merupakan analisis tentang konsep sastera remaja yang terdapat dalam novel-novel remaja karya Faisal Tehrani. Terdapat percanggahan pendapat mengenai kedudukan novel remaja yang dihasilkan oleh Faisal Tehrani. Hashim Ismail dan Mohammad Saleeh Rahamad menyatakan bahawa novel-novel Faisal Tehrani itu telah terkeluar dari konsep sastera remaja. Hal ini kerana teknik penceritaannya yang kompleks dan menyimpang daripada kelaziman novel remaja di Malaysia. Manakala menerusi laporan Hadiah Kumpulan Utusan pada tahun 2002 dan 2003 serta kenyataan Nor Azah Abd Aziz menyatakan bahawa novel Faisal Tehrani ini sesuai dengan konsep sastera remaja. Oleh kerana novel Faisal Tehrani yang dikaji mendapat percanggahan dari beberapa pendapat yang menyatakan novel Faisal Tehrani bukan kategori remaja. Hal ini menyebabkan kajian perlu meneliti konsep sastera remaja yang terdapat di dalamnya dan menjelaskan ciri-ciri konsep sastera remaja yang terdapat dalam novel pilihan Faisal Tehrani. Selain analisis teks berdasarkan konsep sastera remaja. Kajian juga menggunakan teori psikoanalisis bagi menganalisis tingkah laku watak-watak remaja yang terdapat di dalam novel. Berdasarkan penelitian didapati kelima-lima novel Faisal Tehrani ini merupakan novel yang dikategorikan sebagai novel remaja. Hal ini berikutan dengan dapatan yang diperolehi di mana terdapat kelima-lima ciri konsep sastera remaja di dalam kelima-lima novel Faisal Tehrani. Ciri konsep sastera remaja yang ditemui ini meliputi kematangan remaja, watak dan perwatakan, tema dan persoalan, ilmu bantu serta nilai dan pengajaran terdapat di dalam setiap novel Faisal Tehrani.