Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja

Perilaku ketidaksantunan berbahasa merujuk kepada tindakan atau tingkah laku seseorang yang cenderung menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan tidak santun terhadap orang lain. Fenomena ini sering membawa kepada kejadian berisiko di sekolah serta dapat menggugat usaha menyemaikan amalan berbudi baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Hassan, Ahmad Fuad
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42802/1/FBMK%202014%201R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42802/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
id my.upm.eprints.42802
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.428022017-05-11T09:08:40Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42802/ Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja Mat Hassan, Ahmad Fuad Perilaku ketidaksantunan berbahasa merujuk kepada tindakan atau tingkah laku seseorang yang cenderung menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan tidak santun terhadap orang lain. Fenomena ini sering membawa kepada kejadian berisiko di sekolah serta dapat menggugat usaha menyemaikan amalan berbudi bahasa dan bersopan santun dalam kalangan remaja sekolah. Justeru objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah, kedua, menganalisis ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah menggunakan strategi ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). ketiga, membandingkan ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah mengikut jantina, dan keempat, merumuskan kesan ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja terhadap remaja lain di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, temu bual dan pemerhatian tidak langsung. Data dikutip menggunakan borang soal selidik, temu bual dan catatan penyelidik. Seramai 242 orang remaja daripada lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (H) dipilih sebagai reponden menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan strategi ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). Hasil kajian mendapati bahawa remaja menonjolkan perilaku ketidaksantunan berbahasa ketika remaja mengejek dan memalukan remaja lain, mentertawakan,memarahi, mengganggu, memaki, mengancam dan menakut-nakutkan,mengusir, menghina, memulau dan memfitnah remaja atau pelajar lain ketika mereka di sekolah. Remaja sekolah juga didapati lebih memperlihatkan penggunaan strategi ketidaksantunan negatif, strategi ketidaksantunan positif dan strategi ketidaksantunan secara langsung dalam mempamerkan perilaku ketidaksantunan berbahasa ketika mereka berada di sekolah. Dari segi jantina pula, hasil kajian mendapati bahawa perilaku ketidaksantunan dalam kalangan remaja turut menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi lima item, iaitu mengejek dan memalukan pelajar lain, mengusir pelajar lain, memulau pelajar lain, menghina pelajar lain dan memfitnah pelajar lain, manakala lima item perilaku ketidaksantunan yang tiada menunjukkan perbezaan antara jantina adalah perilaku ketidaksantunan ketika mentertawa pelajar lain, memarahi pelajar lain, mengganggu pelajar lain, memaki pelajar lain, dan mengancam/menakut-nakutkan pelajar lain. Selanjutnya, hasil kajian juga mendapati bahawa perilaku ketidaksantunan berbahasa ini telah memberikan kesan terhadap remaja lain apabila remaja yang menjadi sasaran telah timbul rasa benci terhadap rakan mereka yang biadab itu, malah terdapat segelintir remaja yang membalas balik dengan katakata yang kesat, hilang minat belajar, menjadi seorang yang pendiam dan malas serta takut untuk datang ke sekolah. Strategi ketidaksantunan Culpeper didapati berjaya merungkai aspek perilaku ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja di sekolah dan kesannya terhadap remaja lain yang menjadi sasaran. Kesimpulannya perilaku ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja ini perlu ditangani untuk mengelakkan kejadian yang berisiko berlaku di sekolah selain untuk menjamin strategi kesantunan berbahasa dipraktikkan oleh remaja sekolah. 2014-04 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42802/1/FBMK%202014%201R.pdf Mat Hassan, Ahmad Fuad (2014) Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
description Perilaku ketidaksantunan berbahasa merujuk kepada tindakan atau tingkah laku seseorang yang cenderung menggunakan bahasa yang kasar, kesat dan tidak santun terhadap orang lain. Fenomena ini sering membawa kepada kejadian berisiko di sekolah serta dapat menggugat usaha menyemaikan amalan berbudi bahasa dan bersopan santun dalam kalangan remaja sekolah. Justeru objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah, kedua, menganalisis ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah menggunakan strategi ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). ketiga, membandingkan ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekolah mengikut jantina, dan keempat, merumuskan kesan ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja terhadap remaja lain di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, temu bual dan pemerhatian tidak langsung. Data dikutip menggunakan borang soal selidik, temu bual dan catatan penyelidik. Seramai 242 orang remaja daripada lapan buah Sekolah Menengah Kebangsaan (H) dipilih sebagai reponden menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan strategi ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005). Hasil kajian mendapati bahawa remaja menonjolkan perilaku ketidaksantunan berbahasa ketika remaja mengejek dan memalukan remaja lain, mentertawakan,memarahi, mengganggu, memaki, mengancam dan menakut-nakutkan,mengusir, menghina, memulau dan memfitnah remaja atau pelajar lain ketika mereka di sekolah. Remaja sekolah juga didapati lebih memperlihatkan penggunaan strategi ketidaksantunan negatif, strategi ketidaksantunan positif dan strategi ketidaksantunan secara langsung dalam mempamerkan perilaku ketidaksantunan berbahasa ketika mereka berada di sekolah. Dari segi jantina pula, hasil kajian mendapati bahawa perilaku ketidaksantunan dalam kalangan remaja turut menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi lima item, iaitu mengejek dan memalukan pelajar lain, mengusir pelajar lain, memulau pelajar lain, menghina pelajar lain dan memfitnah pelajar lain, manakala lima item perilaku ketidaksantunan yang tiada menunjukkan perbezaan antara jantina adalah perilaku ketidaksantunan ketika mentertawa pelajar lain, memarahi pelajar lain, mengganggu pelajar lain, memaki pelajar lain, dan mengancam/menakut-nakutkan pelajar lain. Selanjutnya, hasil kajian juga mendapati bahawa perilaku ketidaksantunan berbahasa ini telah memberikan kesan terhadap remaja lain apabila remaja yang menjadi sasaran telah timbul rasa benci terhadap rakan mereka yang biadab itu, malah terdapat segelintir remaja yang membalas balik dengan katakata yang kesat, hilang minat belajar, menjadi seorang yang pendiam dan malas serta takut untuk datang ke sekolah. Strategi ketidaksantunan Culpeper didapati berjaya merungkai aspek perilaku ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja di sekolah dan kesannya terhadap remaja lain yang menjadi sasaran. Kesimpulannya perilaku ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja ini perlu ditangani untuk mengelakkan kejadian yang berisiko berlaku di sekolah selain untuk menjamin strategi kesantunan berbahasa dipraktikkan oleh remaja sekolah.
format Thesis
author Mat Hassan, Ahmad Fuad
spellingShingle Mat Hassan, Ahmad Fuad
Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja
author_facet Mat Hassan, Ahmad Fuad
author_sort Mat Hassan, Ahmad Fuad
title Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja
title_short Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja
title_full Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja
title_fullStr Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja
title_full_unstemmed Ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja
title_sort ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan remaja
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42802/1/FBMK%202014%201R.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/42802/
_version_ 1643833389401243648