Kajian Kualiti Air Tanah di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan

Satu kajian mengenai kualiti air tanah telah dijalankan di Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Sebanyak 9 kawasan kajian telah dipilih. Kawasan kajian tersebut ialah Bukit Awang, Bukit Jawa, Bukit Yong, Gong Manak, Jelor, Kulim, Pasir Puteh, Pulau Lima dan Telosan. Sebanyak 20 parameter kualiti air tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Ismail
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2004
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/43/1/1000548957_t_FSAS_2004_43.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/43/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
Description
Summary:Satu kajian mengenai kualiti air tanah telah dijalankan di Jajahan Pasir Puteh Kelantan. Sebanyak 9 kawasan kajian telah dipilih. Kawasan kajian tersebut ialah Bukit Awang, Bukit Jawa, Bukit Yong, Gong Manak, Jelor, Kulim, Pasir Puteh, Pulau Lima dan Telosan. Sebanyak 20 parameter kualiti air telah dipilih untuk mencapai objektif ini. Parameter tersebut ialah suhu, pH, Oksigen Terlarut(DO), Permintaan Oksigen Biologikal(BOD), Permintaan Oksigen Kimia(COD), Nitrat(NO3), Sulfat(SO4 2-), Fosfat(PO4 3-), Magnesium(Mg), Kalsium(Ca), Ferum(Fe), Klorida(Cl-), Zink(Zn), Kuprum(Cu), Fluorida(Fl-), Ammoniakal nitrogen(AN), Jumlah Pepejal Terlarut(TDS), Jumlah Pepejal Terampai(TSS), Kekonduksian dan E.coli. Dari kajian yang dijalankan dari sembilan kawasan didapati hanya beberapa parameter tertentu seperti DO, BOD, COD, NO3 -, AN dan Fe mempunyai kepekatan yang melebihi iii daripada piawai kualiti air minuman. Nilai yang tinggi bagi parameter di atas tidaklah berlaku sepanjang masa. Semua sampel bagi ujian bakteria E.coli menunjukkan nilai positif yang membuktikan bahawa semua air tanah di Jajahan Pasir Puteh telah dan sedang dicemari oleh sumber yang berunsurkan najis manusia. Pengiraan Indeks Kualiti Air berdasarkan kepada AN, DO, BOD, COD, pH dan TSS mendapati air tanah di Jajahan Pasir Puteh mempunyai Indeks Kualiti Air yang berjulat dari 97.65 % hingga 100%. Ini bermakna air tanah di Jajahan Pasir Puteh berada dalam kelas 1. Air tanah adalah selamat untuk dijadikan sumber air domestik dan ia tidak perlu dirawat secara intensif tetapi perlu dimasak untuk membunuh bakteria seperti E.coli.