Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja

Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor ekologi (ciri personal remaja dan ibu bapa, faktor estim diri, hubungan dan kefungsian keluarga, hubungan rakan sebaya, kerisauan terhadap sekolah dan pencapaian akademik) ke atas kemurungan remaja. Sampel kajian terdiri daripada 245 remaja Mel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salleh, Siti Rohana
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2004
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/439/1/549775_fem_2004_12_abstrak_je__dh_pdf_.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/439/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
id my.upm.eprints.439
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.4392013-05-27T06:48:21Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/439/ Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja Salleh, Siti Rohana Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor ekologi (ciri personal remaja dan ibu bapa, faktor estim diri, hubungan dan kefungsian keluarga, hubungan rakan sebaya, kerisauan terhadap sekolah dan pencapaian akademik) ke atas kemurungan remaja. Sampel kajian terdiri daripada 245 remaja Melayu tingkatan 1, 2 dan 4 daripada lima buah sekolah menengah terpilih sekitar Daerah Kinta, Perak. Data kajian diperolehi melalui borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Estim diri telah diukur menggunakan Skala Hare Self Esteem (Hare, 1985). Hubungan keluarga diukur menggunakan skala Index of Family Relation (Hudson,1992) manakala kefungsian keluarga diukur menggunakan sub-skala fungsi am keluarga daripada skala Family Assessment Device (Epstein, Badwin, dan Bishop,1982). Inventory of Parent and Peer Attachment (Armsden, dan Greenberg, 1987) digunakan untuk mengukur hubungan remaja dengan rakan sebaya manakala kerisauan terhadap sekolah menggunakan The Boxall Test of School Anxiety (Boxall, 1961). Pencapaian akademik ditentukan melalui markah peperiksaan akhir untuk lima matapelajaran wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah. Kemurungan diukur menggunakan skala Children’s Depression Inventory (Kovacs,1983). Dapatan kajian menunjukkan majoriti remaja (67.7%) menunjukkan tahap estim diri yang sederhana. Dapatan juga menunjukkan majoriti remaja menunjukkan hubungan keluarga dan kefungsian keluarga yang sederhana iaitu masing-masing 86.6% dan 71.3%. Kebanyakan responden (65.8%) juga menunjukkan hubungan yang sederhana dengan rakan sebaya. Selain itu, analisis ke atas tahap kerisauan terhadap sekolah (65.1%) dan pencapaian akademik (69.3%) juga menunjukkan skor yang sederhana. Majoriti responden (72.4 %) menunjukkan tahap kemurungan yang sederhana. Kesemua hasil analisis terhadap angkubah kajian menunjukkan majoriti skor adalah pada tahap yang sederhana. Hasil analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara estim diri (r =-0.48, p<0.001), hubungan dengan keluarga (r =0.42, p<0.001), kefungsian keluarga (r =0.41, p<0.001), hubungan dengan rakan sebaya (r =-0.42, p<0.001), kerisauan terhadap sekolah (r =0.36, p<0.001) serta pencapaian akademik (r =-0.22, p<0.001) dengan kemurungan. Hasil ujian-t menunjukkan tiada perbezaan di antara kemurungan remaja lelaki dan perempuan (t = -0.56, p>0.05). Analisis regresi berganda menunjukkan faktor estim diri, hubungan keluarga, rakan sebaya dan kerisauan terhadap sekolah merupakan angkubah yang signifikan terhadap kemurungan (F=33.71, p<0.001). Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati remaja yang mempunyai tahap estim diri yang rendah, hubungan dengan keluarga dan rakan sebaya yang tidak stabil serta kerisauan terhadap sekolah yang tinggi adalah berpotensi untuk murung. Dapatan kajian ini boleh dijadikan landasan kepada sebarang program yang dirancang untuk pembangunan remaja dimana fokus hendaklah mengambilkira faktor ekologi seperti ibu bapa, keluarga, sekolah, rakan sebaya, jiran dan masyarakat setempat. Faktor ini terbukti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan remaja. 2004-09 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/439/1/549775_fem_2004_12_abstrak_je__dh_pdf_.pdf Salleh, Siti Rohana (2004) Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
description Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor ekologi (ciri personal remaja dan ibu bapa, faktor estim diri, hubungan dan kefungsian keluarga, hubungan rakan sebaya, kerisauan terhadap sekolah dan pencapaian akademik) ke atas kemurungan remaja. Sampel kajian terdiri daripada 245 remaja Melayu tingkatan 1, 2 dan 4 daripada lima buah sekolah menengah terpilih sekitar Daerah Kinta, Perak. Data kajian diperolehi melalui borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Estim diri telah diukur menggunakan Skala Hare Self Esteem (Hare, 1985). Hubungan keluarga diukur menggunakan skala Index of Family Relation (Hudson,1992) manakala kefungsian keluarga diukur menggunakan sub-skala fungsi am keluarga daripada skala Family Assessment Device (Epstein, Badwin, dan Bishop,1982). Inventory of Parent and Peer Attachment (Armsden, dan Greenberg, 1987) digunakan untuk mengukur hubungan remaja dengan rakan sebaya manakala kerisauan terhadap sekolah menggunakan The Boxall Test of School Anxiety (Boxall, 1961). Pencapaian akademik ditentukan melalui markah peperiksaan akhir untuk lima matapelajaran wajib iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik dan Sejarah. Kemurungan diukur menggunakan skala Children’s Depression Inventory (Kovacs,1983). Dapatan kajian menunjukkan majoriti remaja (67.7%) menunjukkan tahap estim diri yang sederhana. Dapatan juga menunjukkan majoriti remaja menunjukkan hubungan keluarga dan kefungsian keluarga yang sederhana iaitu masing-masing 86.6% dan 71.3%. Kebanyakan responden (65.8%) juga menunjukkan hubungan yang sederhana dengan rakan sebaya. Selain itu, analisis ke atas tahap kerisauan terhadap sekolah (65.1%) dan pencapaian akademik (69.3%) juga menunjukkan skor yang sederhana. Majoriti responden (72.4 %) menunjukkan tahap kemurungan yang sederhana. Kesemua hasil analisis terhadap angkubah kajian menunjukkan majoriti skor adalah pada tahap yang sederhana. Hasil analisis kolerasi Pearson menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara estim diri (r =-0.48, p<0.001), hubungan dengan keluarga (r =0.42, p<0.001), kefungsian keluarga (r =0.41, p<0.001), hubungan dengan rakan sebaya (r =-0.42, p<0.001), kerisauan terhadap sekolah (r =0.36, p<0.001) serta pencapaian akademik (r =-0.22, p<0.001) dengan kemurungan. Hasil ujian-t menunjukkan tiada perbezaan di antara kemurungan remaja lelaki dan perempuan (t = -0.56, p>0.05). Analisis regresi berganda menunjukkan faktor estim diri, hubungan keluarga, rakan sebaya dan kerisauan terhadap sekolah merupakan angkubah yang signifikan terhadap kemurungan (F=33.71, p<0.001). Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati remaja yang mempunyai tahap estim diri yang rendah, hubungan dengan keluarga dan rakan sebaya yang tidak stabil serta kerisauan terhadap sekolah yang tinggi adalah berpotensi untuk murung. Dapatan kajian ini boleh dijadikan landasan kepada sebarang program yang dirancang untuk pembangunan remaja dimana fokus hendaklah mengambilkira faktor ekologi seperti ibu bapa, keluarga, sekolah, rakan sebaya, jiran dan masyarakat setempat. Faktor ini terbukti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan remaja.
format Thesis
author Salleh, Siti Rohana
spellingShingle Salleh, Siti Rohana
Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja
author_facet Salleh, Siti Rohana
author_sort Salleh, Siti Rohana
title Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja
title_short Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja
title_full Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja
title_fullStr Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja
title_full_unstemmed Pengaruh Faktor Ekologi Ke Atas Kemurungan Remaja
title_sort pengaruh faktor ekologi ke atas kemurungan remaja
publishDate 2004
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/439/1/549775_fem_2004_12_abstrak_je__dh_pdf_.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/439/
_version_ 1643821823742181376