Profil teras pertubuhan sukarela belia di Malaysia

Makalah ini bertujuan untuk menentukan matlamat keterlibatan dalam kerja sukarela ke arah membina profil teras pertubuhan sukarela di Malaysia. Umumnya, pertubuhan sukarela di Malaysia bebas dalam menentukan objektif, matlamat serta tujuan pertubuhan masing-masing. Namun begitu, kesukaran dalam mene...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamzah, Siti Raba’ah, Suandi, Turiman, Hamzah, Azimi
Format: Article
Language:English
Published: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46017/1/Profil%20teras%20pertubuhan%20sukarela%20belia%20di%20Malaysia.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46017/
http://iyres.gov.my/component/catalogue/item/93
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk menentukan matlamat keterlibatan dalam kerja sukarela ke arah membina profil teras pertubuhan sukarela di Malaysia. Umumnya, pertubuhan sukarela di Malaysia bebas dalam menentukan objektif, matlamat serta tujuan pertubuhan masing-masing. Namun begitu, kesukaran dalam menentukan tujuan pertubuhan sukarela mengikut bidang keutamaan dan juga matlamat sebenar pertubuhan ketika kerja sukarela dijalankan tidak dapat ditentukan dengan tepat. Artikel ini membincangkan secara kritikal profil teras pertubuhan sukarela dengan menggunakan kajian kualitatif melalui pemerhatian turut serta dan temu bual berfokus terhadap 16 ahli jawatankuasa daripada empat buah pertubuhan sukarela di Malaysia. Kajian ini mendapati terdapat enam profil teras kepada pemilihan serta penglibatan aktif sukarelawan dalam menentukan matlamat serta objektif pertubuhan sukarela yang dianggotai oleh mereka: khidmat komuniti; altruisma; kecenderungan menderma; amalan nilai murni; perjuangan sejagat; dan pembangunan kendiri. Kajian ini juga mendapati bahawa khidmat komuniti dan amalan nilai murni merupakan prediktor yang paling utama dalam menentukan seseorang untuk terlibat dalam pertubuhan sukarela.