Aplikasi penggunaan kad imbas (flash card) dalam pembelajaran bahasa Sepanyol

Makalah ini bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menghasilkan satu bentuk penulisan dalam bahasa Sepanyol sebagai satu kaedah memantapkan lagi kemahiran menulis. Sampel kajian terdiri daripada 3 pelajar di Universiti Putra Malaysia yang mengambil subjek bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Husain, Salina
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Published: 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46525/1/Aplikasi%20penggunaan%20kad%20imbas%20%28flash%20card%29%20dalam%20pembelajaran%20bahasa%20Sepanyol.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/46525/
https://worldconferences.net/proceedings/wcik2016/table-of-content.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: Malay
Description
Summary:Makalah ini bertujuan untuk melihat kemampuan pelajar menghasilkan satu bentuk penulisan dalam bahasa Sepanyol sebagai satu kaedah memantapkan lagi kemahiran menulis. Sampel kajian terdiri daripada 3 pelajar di Universiti Putra Malaysia yang mengambil subjek bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing pada tahap 2. Metodologi yang digunakan adalah dengan memilih beberapa kad imbas yang mengandungi perkataan dalam bahasa Sepanyol. Berdasarkan kad yang dipilih, sampel perlu menghasilkan satu cerita ringkas dan menterjemahkan semula cerita tersebut dalam bentuk gambar. Dengan menggunakan Teori Taksonomi Bloom (1956) oleh Benjamin Bloom, kajian ini terarah kepada domain kognitif yang melibatkan enam tahap iaitu tahap pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dapatan menunjukkan bahawa sampel berjaya mempraktikkan pemahaman mereka berkaitan dengan cerita yang dihasilkan melalui perkataan yang dipilih. Objektif kajian ini bertujuan untuk menggunakan kaedah kad imbas dalam pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai satu cara memantapkan pemahaman pelajar serta mengaplikasikan bentuk pemahaman pelajar melalui kaedah penulisan. Hasil daripada pemantauan dibuat dapat dijelaskan bahawa terdapat sampel yang berjaya menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Sepanyol dengan baik melalui ayat-ayat yang dibina.