Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing

Tesis ini merincikan strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing secara formal dan tidak formal di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kajian ini penting demi memartabatkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa antarabangsa sempena hasrat kerajaan untuk menjadikan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yong, Chyn Chye
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48417/1/FBMK%202012%2042R%281%29.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48417/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Malay
id my.upm.eprints.48417
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
topic Malay language - Study and teaching (Higher) - Malaysia
Malay language - Study and teaching (Higher) - Foreign speakers
spellingShingle Malay language - Study and teaching (Higher) - Malaysia
Malay language - Study and teaching (Higher) - Foreign speakers
Yong, Chyn Chye
Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing
description Tesis ini merincikan strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing secara formal dan tidak formal di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kajian ini penting demi memartabatkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa antarabangsa sempena hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi serantau. Persoalannya, usaha membina kaedah pengajian BM yang efektif terbatas kepada ketandusan usaha penilaian yang fokus kepada pembelajaran BM sebagai bahasa asing (BA), khasnya bagi golongan mahasiswa antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta. Lebihlebih lagi, keberkesanan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) dan peranan ekstralinguistik kurang diberikan perhatian oleh penyelidik tempatan. Bagi kajian ini, Teori Taksonomi Strategi Pembelajaran O'Malley dan Chamot (1990) telah diaplikasikan untuk mengenal pasti SPBM mahasiswa antarabangsa. Seterusnya,keberkesanan SPBM dan hubung kaitnya dengan faktor ekstralinguistik dikaji berpandukan Teori Sosiopsikologi Gardner dan Lambert (1972). Kajian ini kemudian mengklasifikasikan kesilapan leksikal BM mengikut demografi melalui pendekatan anal isis kesilapan Corder (1974). Pada akhimya, keseluruhan dapatan kajian ini dimanfaatkan untuk menghasilkan perisian khusus untuk mempelajari BM sebagai BA. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, tinjauan dan pemerhatian di dalam kelas. Sampel kajian merangkumi 114 orang mahasiswa antarabangsa Trimester 2,2010/2011 dan Trimester 3, 2010/2011 dari 21 negara. Semua sampel kajian ini telah mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan B selama 14 minggu di Universiti Multimedia,Cyberjaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran BM banyak berlaku di dalam kelas secara formal manakala keterandalan kepada tenaga pengajar menjadi strategi utama mahasiswa antarabangsa. Namun, mereka jarang menggunakan bahan rujukan dan jarang mengaplikasikan pembelajaran kendiri (self study) tanpa tunjuk ajar daripada tenaga pengajar. SPBM juga kurang digunakan dalam situasi tidak formal dan BM jarang dipraktik sebagai wahana penyampaian ataupun penerimaan maklumat. Mahasiswa antarabangsa bersetuju bahawa aplikasi SPBM didorong oleh faktor ekstralinguistik, khasnya faktor integrasi. Manakala faktor keunikan BM dianggap kurang penting dalam SPBM secara formal. Dari segi keberkesanan SPBM,didapati bahawa semakin cenderung mahasiswa asing mengaplikasikan SPBM di dalam kelas, maka semakin tinggi markah yang diperoleh melalui ujian. Dalam anal isis kesilapan, mahasiswa antarabangsa umumnya didapati gagal menguasa"i makna leksikal (kesilapan semantik) secara efektif. Selain itu, kesilapan aspek angka asas paling banyak dikesani dalam ujian semasa. Dari segi demografi kewarganegaraan, kesilapan antara kumpulan mahasiswa Afrika adalah paling ketara dan peratusan kehadiran kuliah mereka adalah rendah berbanding dengan pelajar lain. Dari segi demografi jantina pula, didapati pelajar perempuan lebih banyak melakukan kesilapan. Dari segi demografi umur, penguasaan 8M sebagai bahasa asing dalam kalangan mahasiswa antarabangsa yang berumur muda adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang belajar pada peringkat umur lebih lanjut (>26). Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa pengalaman dan tahap mempelajari bahasa asing yang lain membantu seseorang mahasiswa asing menguasai 8M. Akhir sekali, penyelidik menghasilkan perisian yang khusus untuk mempelajari 8M sebagai 8A. Sementara itu, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang perlu diambil kira oleh jentera kerajaan, agensi intelek, ahli bahasa,para penyelidik serta tenaga pengajar yang berperanan sebagai motivator pelajar agar berganding bahu dalam usaha mempertahankan martabat 8M. Selain itu, cabaran global dan kerjasama serantau harus dipertimbangkan dalam usaha mempromosikan 8M sebagai bahasa antarabangsa.
format Thesis
author Yong, Chyn Chye
author_facet Yong, Chyn Chye
author_sort Yong, Chyn Chye
title Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing
title_short Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing
title_full Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing
title_fullStr Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing
title_full_unstemmed Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing
title_sort strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan bahasa melayu sebagai bahasa asing
publishDate 2012
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48417/1/FBMK%202012%2042R%281%29.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48417/
_version_ 1809142952482570240
spelling my.upm.eprints.484172024-08-23T03:43:01Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48417/ Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing Yong, Chyn Chye Tesis ini merincikan strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing secara formal dan tidak formal di Universiti Multimedia, Cyberjaya. Kajian ini penting demi memartabatkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa antarabangsa sempena hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi serantau. Persoalannya, usaha membina kaedah pengajian BM yang efektif terbatas kepada ketandusan usaha penilaian yang fokus kepada pembelajaran BM sebagai bahasa asing (BA), khasnya bagi golongan mahasiswa antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi swasta. Lebihlebih lagi, keberkesanan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) dan peranan ekstralinguistik kurang diberikan perhatian oleh penyelidik tempatan. Bagi kajian ini, Teori Taksonomi Strategi Pembelajaran O'Malley dan Chamot (1990) telah diaplikasikan untuk mengenal pasti SPBM mahasiswa antarabangsa. Seterusnya,keberkesanan SPBM dan hubung kaitnya dengan faktor ekstralinguistik dikaji berpandukan Teori Sosiopsikologi Gardner dan Lambert (1972). Kajian ini kemudian mengklasifikasikan kesilapan leksikal BM mengikut demografi melalui pendekatan anal isis kesilapan Corder (1974). Pada akhimya, keseluruhan dapatan kajian ini dimanfaatkan untuk menghasilkan perisian khusus untuk mempelajari BM sebagai BA. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, tinjauan dan pemerhatian di dalam kelas. Sampel kajian merangkumi 114 orang mahasiswa antarabangsa Trimester 2,2010/2011 dan Trimester 3, 2010/2011 dari 21 negara. Semua sampel kajian ini telah mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan B selama 14 minggu di Universiti Multimedia,Cyberjaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran BM banyak berlaku di dalam kelas secara formal manakala keterandalan kepada tenaga pengajar menjadi strategi utama mahasiswa antarabangsa. Namun, mereka jarang menggunakan bahan rujukan dan jarang mengaplikasikan pembelajaran kendiri (self study) tanpa tunjuk ajar daripada tenaga pengajar. SPBM juga kurang digunakan dalam situasi tidak formal dan BM jarang dipraktik sebagai wahana penyampaian ataupun penerimaan maklumat. Mahasiswa antarabangsa bersetuju bahawa aplikasi SPBM didorong oleh faktor ekstralinguistik, khasnya faktor integrasi. Manakala faktor keunikan BM dianggap kurang penting dalam SPBM secara formal. Dari segi keberkesanan SPBM,didapati bahawa semakin cenderung mahasiswa asing mengaplikasikan SPBM di dalam kelas, maka semakin tinggi markah yang diperoleh melalui ujian. Dalam anal isis kesilapan, mahasiswa antarabangsa umumnya didapati gagal menguasa"i makna leksikal (kesilapan semantik) secara efektif. Selain itu, kesilapan aspek angka asas paling banyak dikesani dalam ujian semasa. Dari segi demografi kewarganegaraan, kesilapan antara kumpulan mahasiswa Afrika adalah paling ketara dan peratusan kehadiran kuliah mereka adalah rendah berbanding dengan pelajar lain. Dari segi demografi jantina pula, didapati pelajar perempuan lebih banyak melakukan kesilapan. Dari segi demografi umur, penguasaan 8M sebagai bahasa asing dalam kalangan mahasiswa antarabangsa yang berumur muda adalah lebih baik berbanding dengan mereka yang belajar pada peringkat umur lebih lanjut (>26). Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa pengalaman dan tahap mempelajari bahasa asing yang lain membantu seseorang mahasiswa asing menguasai 8M. Akhir sekali, penyelidik menghasilkan perisian yang khusus untuk mempelajari 8M sebagai 8A. Sementara itu, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang perlu diambil kira oleh jentera kerajaan, agensi intelek, ahli bahasa,para penyelidik serta tenaga pengajar yang berperanan sebagai motivator pelajar agar berganding bahu dalam usaha mempertahankan martabat 8M. Selain itu, cabaran global dan kerjasama serantau harus dipertimbangkan dalam usaha mempromosikan 8M sebagai bahasa antarabangsa. 2012-09 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48417/1/FBMK%202012%2042R%281%29.pdf Yong, Chyn Chye (2012) Strategi mahasiswa antarabangsa dalam penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia. Malay language - Study and teaching (Higher) - Malaysia Malay language - Study and teaching (Higher) - Foreign speakers Malay