Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneliti kewujudan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu (FPKM) dalam novel mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 (KM). Penelitian dan penghuraian terhadap tiga konsep asas FPKM merangkumi konsep menjana minda, rohani dan emosi dilaksanakan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP%202013%2068R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Putra Malaysia |
Language: | English |
id |
my.upm.eprints.48761 |
---|---|
record_format |
eprints |
spelling |
my.upm.eprints.487612016-10-18T07:33:53Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/ Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 Hassan@Zulkifli, Muhammad Zarif Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneliti kewujudan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu (FPKM) dalam novel mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 (KM). Penelitian dan penghuraian terhadap tiga konsep asas FPKM merangkumi konsep menjana minda, rohani dan emosi dilaksanakan sebagai asas deduksi penyelidikan ini. Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan dalam menyempurnakan kajian ini. Selain itu, teknik analisis dokumen menjadi teknik yang khusus digunakan dalam proses pengumpulan data kajian. Proses penganalisisan data kajian dilakukan semasa dan selepas penyelidikan melalui beberapa aspek yang merangkumi soal pembinaan jadual, bacaan rapi (close reading) serta penyaringan dan pengekodan untuk membina rumusan kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dilakukan dengan menentukan ketepatan rujukan, ketekunan pengamatan, deskripsi rinci (thick description) dan pemeriksaan rakan sekerja (peer examinations). Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM iaitu menjana minda, rohani dan emosi wujud dalam kandungan kedua-dua novel mata pelajaran KM. Kewujudan ketiga-tiga konsep tersebut dipaparkan melalui aspek keperibadian, tingkah laku, sikap, pendirian, nilai serta perwatakan yang tergambar melalui beberapa watak dalam kedua-dua buah novel. Hal ini menunjukkan bahawa maklumat yang menepati dengan ketiga-tiga konsep asas tersebut selari dan memperkukuhkan matlamat serta hasrat pernyataan FPKM. Namun begitu, dapatan kajian memperlihatkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM wujud secara dominan hanya melalui watak yang khusus dalam setiap novel. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM tersebut wujud tidak secara menyeluruh bagi watak yang lain. Sementara itu, kewujudan konsep menjana minda lebih ditekankan dalam kedua-dua novel berbanding konsep rohani dan emosi. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, penyelidik mencadangkan supaya penyelidikan yang khusus berkaitan pernyataan FPKM dilaksanakan agar pernyataan tersebut dapat ditakrif dan ditafsir secara benar,betul dan jelas bagi membolehkan kefahaman terhadapnya dapat difahami secara menyeluruh dalam kurikulum KM. Memandangkan pernyataan FPKM menjadi asas panduan dan matlamat dalam mata pelajaran KM, penyelidik juga mencadangkan agar konsep-konsep asas FPKM dijadikan sebagai salah satu kriteria penting dalam proses pemilihan buku teks bagi mata pelajaran KM bagi mewujudkan kesejajaran isi kandungan mata pelajaran dengan matlamat pendidikan KM. 2013-11 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP%202013%2068R.pdf Hassan@Zulkifli, Muhammad Zarif (2013) Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
building |
UPM Library |
collection |
Institutional Repository |
continent |
Asia |
country |
Malaysia |
content_provider |
Universiti Putra Malaysia |
content_source |
UPM Institutional Repository |
url_provider |
http://psasir.upm.edu.my/ |
language |
English |
description |
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneliti kewujudan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu (FPKM) dalam novel mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 (KM). Penelitian dan penghuraian terhadap tiga konsep asas FPKM merangkumi konsep menjana minda, rohani dan emosi
dilaksanakan sebagai asas deduksi penyelidikan ini. Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan dalam menyempurnakan kajian ini. Selain itu, teknik analisis dokumen menjadi teknik yang khusus digunakan dalam proses pengumpulan data kajian. Proses penganalisisan data kajian dilakukan semasa dan selepas penyelidikan melalui beberapa aspek yang merangkumi soal pembinaan jadual, bacaan rapi (close reading) serta penyaringan dan pengekodan untuk membina rumusan kajian.
Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dilakukan dengan menentukan ketepatan rujukan, ketekunan pengamatan, deskripsi rinci (thick description) dan pemeriksaan rakan sekerja (peer examinations). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM iaitu menjana minda, rohani dan emosi wujud dalam kandungan kedua-dua novel mata pelajaran KM. Kewujudan ketiga-tiga konsep tersebut dipaparkan melalui aspek keperibadian, tingkah laku, sikap, pendirian, nilai serta perwatakan yang tergambar melalui beberapa watak dalam kedua-dua buah novel. Hal ini menunjukkan bahawa maklumat yang menepati dengan ketiga-tiga konsep asas tersebut selari dan memperkukuhkan matlamat serta hasrat pernyataan FPKM. Namun begitu,
dapatan kajian memperlihatkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM wujud secara dominan hanya melalui watak yang khusus dalam setiap novel. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM tersebut wujud tidak secara menyeluruh bagi watak yang lain. Sementara itu, kewujudan konsep menjana minda lebih ditekankan dalam kedua-dua novel berbanding konsep rohani dan emosi. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, penyelidik mencadangkan supaya penyelidikan yang khusus berkaitan pernyataan FPKM dilaksanakan agar pernyataan tersebut dapat ditakrif dan ditafsir secara benar,betul dan jelas bagi membolehkan kefahaman terhadapnya dapat difahami secara menyeluruh dalam kurikulum KM. Memandangkan pernyataan FPKM
menjadi asas panduan dan matlamat dalam mata pelajaran KM, penyelidik juga mencadangkan agar konsep-konsep asas FPKM dijadikan sebagai salah satu kriteria penting dalam proses pemilihan buku teks bagi mata pelajaran KM bagi mewujudkan kesejajaran isi kandungan mata pelajaran dengan matlamat
pendidikan KM. |
format |
Thesis |
author |
Hassan@Zulkifli, Muhammad Zarif |
spellingShingle |
Hassan@Zulkifli, Muhammad Zarif Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 |
author_facet |
Hassan@Zulkifli, Muhammad Zarif |
author_sort |
Hassan@Zulkifli, Muhammad Zarif |
title |
Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 |
title_short |
Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 |
title_full |
Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 |
title_fullStr |
Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 |
title_full_unstemmed |
Kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu dalam novel kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 |
title_sort |
kewujudan falsafah pendidikan kesusasteraan melayu dalam novel kesusasteraan melayu tingkatan 4 dan 5 |
publishDate |
2013 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP%202013%2068R.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/ |
_version_ |
1643834269531897856 |