Bahasa Melayu sebagai bahasa negara bangsa: kepentingan melaksanakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu

Kajian mendapati bahawa sehingga kini belum ada instrumen yang dapat menguji kecekapan bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini membicarakan instrumen Ujian Kecekapan Bahasa Melay...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahman, Fadzilah, Mohd Kiram, Norazlina
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50404/1/Bahasa%20Melayu%20sebagai%20bahasa%20negara%20bangsa%20kepentingan%20melaksanakan%20Ujian%20Kecekapan%20Bahasa%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50404/
http://www.fbmk.upm.edu.my/sp/page/2864/jbbwm-bm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Putra Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian mendapati bahawa sehingga kini belum ada instrumen yang dapat menguji kecekapan bahasa Melayu secara sistematik dan bersepadu, walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini membicarakan instrumen Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) dan kepentingan untuk melaksanakan ujian tersebut di Malaysia. Instrumen UKBMini telah dibangunkan pada 2012 oleh sekumpulan penyelidik UPM dengan kerjasama organisasi lain dan dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Secara asasnya, UKBM dibangunkan dengan tujuan untuk menganalisis sejauh manakah rakyat Malaysia cekap menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Aspek pengujian UKBM terbahagi kepada empat aspek kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Keempat-empat aspek ini penting untuk dinilai dalam pengujian bahasa Melayu kerana ia saling berkait antara satu sama lain. Melalui UKBM yang menyeluruh dan sistematik, diharapkan bangsa Malaysia akan lebih berusaha untuk menguasai bahasa Melayu. Seterusnya, bahasa Melayu akan sebati dan menjadi jati diri bangsa Malaysia.